5 persandingan selesai, Elly Mazlein tukar ‘uniform’ sent4l kawah majlis kenduri

Selesai sudah lima persandingan impian Elly Mazlein iaitu persandingan semasa majlis merisik, bertunang, bernikah dan resepsi serta majlis sambut menantu yang diadakan di Kelantan semalam.

Elly dan pasangannya Muhammad Azlan terlihat sangat bahagia selepas diijabkabul pada pertengahan Januari yang lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Majlis sambut menantu meriah

Majlis sambut menantu yang diadakan di kampung halaman Cikgu Azlan juga meriah walaupun dirai dalam keadaan penuh sederhana namun cukup memberi kesan dalam d1ri pelakon utama Kampung People itu.

Sental kuali hitam katenyaaaa

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aktiviti selepas majlis sambut menantu itu berlangsung. Tanpa mengenakan busana cantik dan alat solek tebal, Elly atau mesra disapa Kak Lina sama-sama turun padang memberus periuk kuali lauk kenduri yang berlangsung.

View this post on Instagram

Agitchuuuuuu .. ko ade cuci koli beso dkat kg karangan 🤣🤣🤣🤣🤣 .. tapi selipar tu .. selipar tu..x nak kalah, dikkkkk 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Dengan selipar berendaaa. Kau mampooo!

Mengenakan baju T-shirt dan selipar berenda, Kak Lina telah memuat naik gambar tersebut ditambah dengan kapsyen yang sememangnya lucu darinya.

Tambahnya lagi, aktiviti itu dilakukan bersama ibu mertua serta ipar duai bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.

View this post on Instagram

Sesi bersama Mak Mertua & ipar duai 🥳🥳🥳🥳🥳

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Semoga terus bahagia Kak Lina & cikgu

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat Kak Lina, ramai yang terhibur dengan telatah isteri kepada Cikgu Azlan ini yang sentiasa menghiburkan.

Mereka juga sempat berselor0h dengan ragam yang ditunjukkan selebriti itu dan mendoakan agar perkahwinan Elly Mazlein dan Muhammad Azlan terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Kerlasss kasut Kak Lina

Pengantin kena masak breakfast ke tuuu

Baru betul Kampung people!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Elly Mazlein

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "5 persandingan selesai, Elly Mazlein tukar ‘uniform’ sent4l kawah majlis kenduri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*