Episod 12 trending no 2 di Youtube! Kampung People ‘digilai’ penonton

Episod 12 Kampung People trending ditangga yang kedua dilaman Youtube setelah dimuat naik tiga hari lalu. Tidak disangkakan, drama yang lebih memaparkan kisah komedi dan kekeluargaan ini menjadi diantara drama hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, ramai akui drama ini telah memaparkan satu kelainan terutama daripada kisah cinta dan ianya membuatkan peminat drama tempatan tidak ketinggalan untuk mengikuti drama ini.

Meskipun hanya tinggal episod 13 saja untuk drama ini mewarnai hari penonton namun episod 12 sudah trending dilaman Youtube.

Bagaimanapun, rata-rata meluahkan rasa sedih mereka kerana drama ini akan tamat dan ada yang meminta agar drama berkenaan diteruskan. Jika sebelum ini, peminat dan pengikut dilaman Instagram milik Elly Mazlein turut inginkan perkara yang sama.

Namun begitu, kali ini ramai membuat permintaan tersebut diruangan komen menerusi laman Youtube milik TV3 Malaysia pula yang meluahkan hal itu lagi.

Bahkan, ada juga penonton yang mengh4rapkan agar drama Kampung People tercalon dalam Anugerah Skrin 2020 apatah lagi setelah kemenangan drama Nur dalam anugerah berkenaan yang juga pernah menjadi fenomena.

“Drama paling best… please buat…”

“Tolong buat Kampung People musim ke 2…”

Dalam pada itu, netizen turut akui episod trending tersebut di laman Youtube merupakan episod paling kelakar setakat ini.

“Episod paling kelakar… lagi lagi time ‘too many mah’…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Youtube via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Episod 12 trending no 2 di Youtube! Kampung People ‘digilai’ penonton"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*