Pengantin berbaju kurung di majlis resepsi, tak baz1r boleh pakai berkali2

Bagi pasangan raja sehari, pemilihan busana pengantin perlu bersesuaian agar dapat digayakan dengan selesa untuk meraikan detik hari bersejarah mereka.

Sekiranya sut dan gaun atau dress dipenuhi labuci sering menjadi pilihan mempelai, berbeza pula dengan pasangan pengantin baru ini apabila tampil ‘biasa’ tanpa perlu bermewah-mewah.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Zul itu mengenakan baju Melayu Teluk Belanga manakala isterinya Hajar pula kelihatan ayu dengan persalinan baju kurung moden sedondon berwarna merah.

Foto hari bahagia mereka dirakam jurugambar Asyrafi sebelum dikongsi semula di laman Facebook sehingga menarik perhatian ramai.

Rata-rata netizen memuji pasangan tersebut yang kelihatan sama cantik sama padan dan tidak lupa mengucapkan selamat pengantin baru serta berh4rap kekal hingga ke anak cucu.

Semoga kekal hingga ke jannah!

Bagai pinang dibelah dua

Tidak kurang terdapat juga segelintir individu memuji kecantikan busana pengantin berkenaan walaupun tampil penuh sederhana.

Cantik sangat baju pengantin

Sederhana tapi menarik! Tak serabut

Tak membazir, boleh pakai bila2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram, Facebook via Oh My Media


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pengantin berbaju kurung di majlis resepsi, tak baz1r boleh pakai berkali2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*