Sekolah Agama Johor – (Sogame Joho)

Walaupun Johor antara negeri yang termoden dan termaju DiMalaysia, namun Johor memang sinonim dengan sekolah agama. sememangnya kemajuan tidak meninggalkan Agama. Korang rase bila bermulenyer sekolah Agama ni?

korang mesti terkejut, sebab sekolah agama yang ada sekarang ini telah bermula sejak tahun 1918 dan ia dikenali sebagai Sekolah Al-Quran dan pada tahun 1923, namanya telah ditukar kepada Sekolah Kitab sebelum ditukar semula kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang kekal hingga ke hari ini. lame kan?

Korang yang duduk Johor mesti merasa sekolah Agama kan? kat sini ler kite belajo Tulisan Jawi. Dari darjah satu sampailah ke Darjah Khas. Siap belajar pakai kitab Mutlaal Badrain lagi.ย ๐Ÿ˜

SAKJ merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. SAKJ diwujudkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.

Kini, SAKJ telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak Johor mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF
Untuk melaksanakan usaha dan perancangan murni ini, kerajaan telah menetapkan dasar pendidikan seperti berikut :

“Menyedia dan memberi kemudahan pelajaran pembelajaran serta mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dan meningkatkan kefahaman Islam keperingkat yang lebih tinggi daripada sudut membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah”

VISI
Menyediakan dan mengurus pendidikan Islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat Islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus.

MISI
๐Ÿ‘‰๐ŸปMencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan Islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMelahirkan anak-anak didik yang celik agama, berilmu, beriman, beramal, berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang, bertahap dan berkesan.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi, berkelayakan, berkemahiran, berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa juga cabaran dan hambatan.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMenyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi memenuhi hasrat setiap peringkat masyarakat di seluruh Negeri Johor.

Bagi yang lulus, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas Agama di samping meneruskan pengajiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Pendidikan Agama adalah salah satu khazanah keunikan negeri Johor yang diwarisi sejak turun temurun dan masih dipertahankan sehingga ke hari ini. Warisan ini masih diteruskan dan perkembangkan dari semasa ke semasa dari pelbagai aspek mengikuti keperluan wawasan negara.

Kini, negeri Johor memiliki sistem pendidikan agama tersendiri yang berkesinambungan serta mempunyai arah tuju tersendiri apabila ia dimulakan daripada peringkat Tadika Agama Johor, Sekolah Agama, Sekolah Menengah Agama, dan juga Institusi Pengajian Tinggi Agama Johor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Warisan Johor


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sekolah Agama Johor – (Sogame Joho)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*