“Tuhan Ambil Apa Yang Kita Sayang Sebab Kita Terlalu Bertuhankan…,” – Nora Ariffin Pegang Pesan, Tak Tutup Hati Berteman Baru

Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan d1rinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.

Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat d1rinya sekeluarga.

“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.

“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.

“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.

“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.

Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang men1ngg4l dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan send1ri.

“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan d1ri dengan fikirkan hal lain.

“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.

“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan d1ri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.

Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.

“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.

“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada men1ngg4l dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.

“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan peny4kit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan peny4kit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.

Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.

Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.

“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau send1ri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.

“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.

Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah s1ri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.

Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan s1ri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP

Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk s1ri jelalah di beberapa lokasi terpilih.

Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.

Ikuti temu bual penuh bersama Nora di sini;

View this post on Instagram

Indah sungguh perkongsian dari Nora Ariffin. Moga ia boleh dimanfaatkan, insyaAllah ♥️#MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tuhan Ambil Apa Yang Kita Sayang Sebab Kita Terlalu Bertuhankan…,” – Nora Ariffin Pegang Pesan, Tak Tutup Hati Berteman Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*