Kasihnya Abang Sanggup Bergadai Nyaw4, Melecvr Teruk Demi Lindungi Adik

Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai perasaan kasih sayang buat anak-anak semenjak mereka masih kecil. Bertuahnya mempunyai anak yang masih kecil namun sudah tahu tanggungjawab, bersikap melindungi pada adik beradik send1ri sehingga sanggup bergadai nyaw4.

Pengorbanan kanak-kanak ini yang sanggup bergadai nyaw4 menyelamatkan adiknya mungkin tidak mampu dilakukan orang dewasa lain.

Ketika itu dia baru berusia lima tahun dan sanggup berkorban nyaw4 memeluk Aulia yang berusia tiga tahun pada 2018 menyebabkannya melecvr teruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan dalam satu tr4gedi keb4karan bilik di sebuah rumah di Johor Bahru.

Difahamkan, ketika kejadian, empat beradik itu, Muhammad Fariz Nasir Mohd Nasir, 8, Muhammad Fizz Firdaus, 7, Aulia Izzatul Nisa, 5, dan Muhammad Firash, 3, sedang tidur di sebuah bilik sebelum terbakar.

Fizz Firdaus yang menyedari kejadian itu terus memeluk Aulia menggunakan selimut menyebabkan muka dan tangan terbakar teruk manakala Fariz dan Firash hanya mengalami kecederaan ringan.

Nenek saudara mereka, Norfaizah Kamal, 35, berkata, selepas kejadian itu dia mengambil alih menjaga empat beradik berkenaan di Batu Pahat, Johor.

“Saya bersyukur diberi kesempatan menjaga mereka sebagai pelengkap hidup saya dan suami selepas menunggu mendapat cahaya mata send1ri belum kesampaian.

“Semuanya dipermudahkan Allah SWT kerana empat beradik ini memang anak yang baik dan mendengar kata,” katanya.

Katanya, Fizz Firdaus sangat menyayangi adik beradiknya terutama Aulia dan Firash manakala Fariz pula sangat melindungi adik-adiknya.

“Fariz dan Fizz Firdaus sangat sayangkan adiknya, jika salah seorang menumpahkan air, mereka cepat-cepat mengambil kain lap bimbang saya m4rah.

“Walaupun baru berusia lapan tahun, Fariz sudah pandai melakukan kerja rumah seperti memasak nasi, basuh baju dan melakukan kerja rumah yang lain,” katanya.

Norfaizah mengambil alih menjaga empat beradik berkenaan. FOTO Ihsan Norfaizah

Menurutnya, dia sangat berh4rap dapat melakukan rawatan wajah untuk Fizz Firdaus.

“Dia selalu mengadu diejek rakan sekolah membuatkan saya terkesan dan memikirkan perlu melakukan sesuatu,” katanya.

Memperincikan tr4gedi itu, Norfaizah berkata, keb4karan bilik di sebuah rumah berlaku di Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru kira-kira jam 11.21 pagi, Oktober 2018.

“Fariz, Aulia dan Firash hanya cedera ringan tetapi paling teruk Fizz Firdaus selepas api menyambarnya ketika dia memeluk Aulia,”katanya.

Demi lindungi adik, FIZZ Firdaus melecvr teruk di muka, kepala dan kedua-dua bahagian tangan. FOTO Ihsan Norfaizah

Orang ramai yang mahu menyumbang untuk membantu rawatan wajah Firdaus boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Norfaizah 0199541100264756 (Bank Simpanan Nasional).

Kisah Fizz Firdaus menyelamatkan adiknya tular di media sosial yang dikongsi seorang aktivis Suara Anak Muda Batu Pahat, Mohd Firdaus Isa, 38, menerusi laman Facebooknya.

Mohd Firdaus berkata, perkongsiannya mengenai pengorbanan seorang abang yang sanggup bergadai nyaw4 untuk adiknya sebagai contoh kepada masyar4kat luar.

“Sebagai orang dewasa pun kita mungkin ragu-ragu untuk bergadai nyaw4 melakukan perkara sama, tindakan adik Firdaus begitu meruntun jiwa saya,” katanya.

MW: Hebatnya anak ini. Walaupun usianya masih kecil dah tertanam sikap bertanggungjawab dan melindungi adik-adiknya. Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat sebegini, kasih dan sayang pada adik beradik send1ri.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kasihnya Abang Sanggup Bergadai Nyaw4, Melecvr Teruk Demi Lindungi Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*