300 orang serrbu ke syarikat, Shuib mula dedah apa sebenarnya yang berlaku

KIRA-kira 300 orang ‘menyerrbu’ sesi temuduga pekerjaan yang ditawarkan syarikat perniagaan minuman milik pelakon dan pelawak popular, Shuib Sepahtu, Rabu lalu.

Sebahagian besarnya adalah individu yang kehilangan pekerjaan akibat penularan pandemik Cov1id-19 dan sanggup beratur panjang untuk mencuba nasib.

Shuib yang juga penyampai radio Hot FM berkata, dia send1ri tidak sangka sambvtannya melebihi jangkaan mereka sehingga terpaksa mengadakan sesi temuduga itu selama dua hari.

“Kami tidak jangka angka kehadiran itu. Temuduga itu sepatutnya diadakan sehari saja dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang tapi dilanjutkan hingga 9 malam. Bakinya, kami sambung keesokannya.

“Menurut kaki tangan saya, rata-rata yang hadir memang baru kehilangan kerja disebabkan kesan situasi pandemik baru-baru ini. Memang sangat tersentuh apabila mendengar kesusahan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Daripada 300 calon yang hadir, Shuib memaklumkan mereka akan mengambil 100 orang untuk bekerja sebaik beberapa cawangan kedai berkenaan dibuka di sekitar Lembah Klang.

“Sekarang, kami cuma baru buka satu cawangan di Shah Alam. Penghujung Jun dan awal Julai, kami akan buka pula beberapa cawangan di Bangi, Setapak, Rawang dan lain-lain.

“Seramai 100 orang yang kami ambil bekerja itu akan ditempatkan di cawangan-cawangan berkenaan. Kami juga ada perancangan untuk membuka cawangan di luar Lembah Klang pula selepas ini seperti di Melaka dan Perak,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut bersyukur kerana dapat membuka peluang pekerjaan kepada ramai di luar sana yang kesusahan akibat hilang pekerjaan menerusi perniagaan minumannya itu.

Shuib berkata, dia send1ri faham bagaimana sukarnya mencari kerja dan pernah merasa pengalaman perit itu sebelum ini.

“Sebelum saya berada di tahap sekarang, saya terlebih dulu merasa bagaimana sukarnya mencari kerja. Pengalaman menunggu untuk temuduga, permohonan ditolak, dapat kerja tapi gaji tak memadai, memang bukan mudah.

“Sewaktu baru buka perniagaan pun, misi saya adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan jadi usahawan. Apabila perniagaan berhasil, misi saya sudah berubah dan mahu berbakti kepada masyar4kat dengan membuka peluang pekerjaan untuk mereka.

“Semua orang perlukan kerja yang menjamin dan saya faham getir hidup tanpa ada sumber pendapatan. Justeru, saya h4rap peluang pekerjaan yang dibuka ini dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Sumber : HM

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "300 orang serrbu ke syarikat, Shuib mula dedah apa sebenarnya yang berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*