Kereta Kesayangan Black Yang Dipandu Oleh Pekerjanya Kemal4ngan Agak Teruk. Ini Respon Black Bila Dapat Tahu Tentang Itu

Penyanyi Black Hanifah yang berada di Pulau Pinang sejak Rabu lalu terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas pekerjanya mengalami kem4l4ngan jalan raya pada Jumaat.

Kenderaan jenis pacuan empat roda itu yang dipandu oleh pekerjanya terbabas melanggar pembahagi jalan selepas tayar kanan sebelah hadapan pecah.

“Kejadian itu berlaku selepas pekerja saya menggunakan kenderaan terbabit untuk membeli barangan kelengkapan pejabat.

View this post on Instagram

A post shared by Black Hanifah (@black.hanifah) on

“Tiba-tiba tayar kanan bahagian hadapan pecah dan hentam pembahagi jalan. Mujur tiada apa-apa dan tak teruk pun.

“Cuma ada body kit bahagian hadapan, sport rim yang baru ditukar rosak dan perlu dibaiki,” katanya kepada Gempak.

Berdepan kerugian sekitar RM8,000, kata Black dia bersyukur kerana tiada kem4l4ngan jiwa berlaku.

“Benda dah nak jadi, saya reda sahaja. Selepas dimaklumkan saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana kenderaan itu saya selalu guna untuk bawa motosikal cross.

“Saya pula jenis sayangkan kenderaan jadi saya mesti tengok send1ri keadaan kereta saya itu,” tambahnya.

Di dalam instagram Black, dia meluahkan rasa syukur pekerja beliau tidak mengalami apa apa kecederaan.

Alhamdulillah @afif_lea selamat, kete xdak hal.. kita bole repair. Selamat hari raya aidilfit1ri..

Dalam pada itu, Black menyangkal dakwaan punca kem4l4ngan terbabit disebabkan kecuaian penyelenggaraan tayar kenderaannya.

“Ramai nampak tayar kereta itu sudah haus tapi ia masih boleh dipakai lagi.

“Memandangkan saya baru keluar dari hutan menggunakan kenderaan itu, tayar pun nampak seperti warna tanah dan botak. Tapi tak pun,” tambahnya.

Black turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memandu dengan berhemah sepanjang masa.

Sumber : GEMPAK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kereta Kesayangan Black Yang Dipandu Oleh Pekerjanya Kemal4ngan Agak Teruk. Ini Respon Black Bila Dapat Tahu Tentang Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*