Kes positif kunjung-mengunjung Aidilfitri bertambah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan berlaku pertambahan kes positif Covid-19 bagi aktiviti kunjung-mengunjung pada Aidilfitri yang lalu menjadikan keseluruhan dua kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan masih dijalankan melibatkan mereka yang terdedah dengan kes berkenaan.

“KKM sedang menyiasat kontak rapat kepada kes ke-7756 iaitu seramai 43 orang tetapi 42 daripadanya negatif manakala yang positif ialah kes ke-8439.

“Kesemua kontak rapat kes tersebut sudah diasingkan dan siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa pihak hospital masih menjalankan siasatan berhubung kem4tian ke-120 semalam membabitkan wanita warganegara Malaysia berusia 96 tahun dari Sabah.

“Pihak hospital memerlukan masa untuk melengkapkan laporan sebelum dikemukakan kepada KKM,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai lebih bertanggungjawab dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan KKM.

“Masyar4kat perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan menggunakan maklumat terkini yang dikeluarkan KKM.

“Majikan dan pemilik kedai makan juga diingatkan supaya dapat memastikan pelanggan mereka tidak merokok di dalam restoran.

Katanya, KKM sentiasa melakukan pemantauan berhubung perkara itu bagi memastikan mereka tidak merokok di restoran dan tempat awam.

“Kita memerlukan kerjasama rakyat Malaysia kerana ini juga salah satu daripada pemerkasaan komuniti untuk melaksanakan tindakan seperti disarankan KKM,” katanya. – Sinar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kes positif kunjung-mengunjung Aidilfitri bertambah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*