Muhyiddin Bebas Peny4kit Ini Dan Sihat Untuk Laksana Tugas Sebagai Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, beberapa pakar perubatan telah mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas peny4kit kanser dan sihat bagi memikul tugas sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan laporan portal Sarawak Report yang mendakwa beliau melanggar perintah kuarantin di rumah dengan pergi ke Singapura bagi mendapatkan rawatan kanser.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri – Pembohongan Sarawak Report Terhadap Perdana Menteri

Menurut PMO, portal tersebut perlu bertanggungjawab atas tuduhan dilemparkan dengan mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat yang didakwa dinaiki dan hospital yang dikunjungi Muhyiddin.

“Kegagalan berbuat demikian bermakna laporan yang disiarkan portal itu adalah berniat j4hat untuk membvruk-bvrukkan imej Perdana Menteri.

“Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebarkan f1tn4h melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu selepas salah seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.

“Semasa menjalani tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara adalah sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, jelaslah bahawa rakyat begitu sayang akan perdana menteri yang digelar abah dengan mendoakan beliau agar sentiasa sihat dan diberi kekuatan untuk menjaga rakyat malaysia serta dirahm4ti Allah.

Berkat doa rakyat yang sayang kan PM

Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik

Semoga Allah panjangkan usia dan kesihatan yang baik

Sumber: OMM via Muhyiddin Yassin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Muhyiddin Bebas Peny4kit Ini Dan Sihat Untuk Laksana Tugas Sebagai Perdana Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*