Siapa lagi tidak kenal dengan pasangan Youtuber Sugu Pavithra, dek kerana memaparkan gaya video yang bersahaja dan menggunakan bahasa Melayu telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia.
Semakin dikenali dan diminati, nampaknya video-video yang dihasilkan oleh pasangan ini mendapat ikutan ramai dengan jumlah pelayar yang bertambah.
Pendapatan makin baik
Justeru, tidak dapat dinafikan pasangan ini berjaya mendapatkan pendapatan yang agak lumayan, sehingga membolehkan mereka membeli rumah baru.
Sugu Pavithra beli rumah baru!
Menerusi video terkini yang telah dimuat naik, memaparkan pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru.
Suami berhenti kerja, fokus buat video
Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak, memandangkan suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.
Sikap rendah d1ri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Semoga terus berjaya Sugu Pavithra!
Semoga keluarga Sugu Pavitra terus sukses
Suka dia ni, tutur bahasa lembut dan fasih
Tahniah, raj1n usaha pasti berjaya
Sumber:OMM
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba
Be the first to comment on "Pendapatan Youtube makin baik, Sugu Pavithra akhirnya dapat merasa miliki rumah baru"