“Sblum pergi kerja sy selalu Tinggal duit Atas Meja, Beri Kad Bank Pd Isteri” – Ebit Lew Nasihat Jangan Kedekut Pada Isteri.

Pendakwah bebas, Ustz Ebit Lew menasihati golongan suami agar tidak kedekut untuk membelanjakan wang yang ada bagi kegunaan isteri dan keluarga.

Menurut Ebit, wang yang dikeluarkan untuk isteri dan keluarga itulah merupakan satu bentuk sedekah yang paling besar nilainya.

“Apa yang kita suka untuk diri sendiri itu juga kita kongsi. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor.

“Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri, tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.

“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,” katanya dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Bahkan, menurut Ebit, dia juga tidak pernah bertanyakan mengenai hal perbelanjaan atas setiap wang yang diberikan kepada isterinya.

“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa.

“Susu, pampers anak. Allahuakbar. Dari dulu lagi, tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita,” nasihatnya.

Begitupun, katanya, perbelanjaan tersebut sebaiknya biarlah mengikut kemampuan masing-masing.

“Sedih baca ramai juga masa tak ada duit tak apalah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.

“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama,” jelasnya.

Ebit merupakan antara pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawan dan murah hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah.

Ebit kongsi perasaan Sebak melihat 5 bilik spt kotak utk 5 keluarga.

Sebak di awal syawal ini jumpa 5 bilik macam kotak untuk 5 buah keluarga. Semua orang sini. Masing-masing dengan anak kecil. Ketua keluarga kerja turap jalan. Kerja dengan orang. Hampir 7 tahun tinggal disini. Musim pkp ini tiada kerja langsung. Sayu hati melihat mereka. Ya Allah. Ujian hidup masing-masingkan. Bahagian ujian mereka. Tak sanggup tengok. Takde rupa tempat tinggal pun.

Macam bilik kecil. Ada alas kain sikit tutup buat dapur dan tandas. Just macam tu jer. Takde tandas. Mandi dekat dapur tu jer. Sebab tinggi sikit. Air jatuh ke bawah je. Ya Allah. Bila tengok banyak anak kecil hati jadi sebak. Besar ujian anak-anak ini.

Bila saya ajak pindah. Kakak ni menangis. Katanya selalu tengok dekat fb ini.
Terima kaseh semua penduduk setempat yang membantu. Ngo-ngo yang kuat berusaha sehingga dah lulus 2 rumah pprt. Tapi belum ada tempat lagi. Ramai hantar bantuan makanan dan pakaian. Syukur ramai ambil berat kepada keluarga ini.

Pohon doakan saya nak cari 4 rumah untuk 4 buah keluarga yer. Semoga Allah buka jalan – ebitlew.

Semua Team lupa makan cuma sempat sarapan 7pg di kl lps tu 11 mlm baru makan.

5 syawal. Pindahkan 4 keluarga serentak di Johor dari pondok kecil selama 7 tahun tinggal disitu ke 4 rumah baru. Bahagia rasa. Kurang 24 jam selesai pindah 4 rumah.
Semua team saya terlupa makan. Cuma sarapan 7pagi di kl lepas tu 11malam baru makan. Allahuakbar. Semua terlupa nak makan. InsyaAllah saya akan bayar sewa dan bil selagi mampu insyaAllah. 2 rumah teres. Dan 2 rumah flat cantik selesa. Belikan peti ais,mesin basuh dan rice cooker.

Belikan katil, tilam cadar bantal. Merata cari rumah dibandar ini. Syukur dapat sewa akhirnya. Keluarga ini kata tak pernah mimpi macam ni. Terkejut menangis Allah beri rezeki begini. Saya nasihatkan solat dan rajin bekerja dan didik anak isteri dengan aklak dan Islam. Baik keluarga-keluarga ini. Syukur sangat rasa katanya dapat memiliki sebuah rumah.

Kepuasan besar rasa dapat pindah 4 keluarga serentak. Walau penat dan terkejar-kejar. Senyuman anak kecil hadiah Allah buat kami. Rezeki kami dapat bantu mereka.Terima kaseh beberapa ngo di johor. Terima kaseh masyarakat setempat semua yang membantu. Terima kaseh zakat. Terima kaseh jkm. Terima kaseh semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah – ebitlew.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0VID-19!

Komen warganet.

Nadeeya Hamid. Tengok dlu wife nya..wanita lindungan kaabah tak sblm tinggal..bukan tinggal bodo2 cmtu je..kalau jenis betine..laki buat gitu..mmg parah la jwbnya..kalau dia isteri..yg mampu galas apa yg dperintah Allah..in shaa Allah xrisau kalau tgalkn hrta bnde ke tgn isteri.

Nida Jimmy. Alhamdulillah walaupun xpegang kad bank suami, dia xkedekut dan suka bg reward bila ada rezeki lebih. Kalau bbelanja, dia lbih bhemah dan cermat dr sy.Syukur. Semoga suami sy sentiasa dimurahkan rezeki.

Alin Azreen. Suami sy pon same. Suke tinggal duit atas meja. Bank in duit utk sy. Kalau sy beli brg dapur nnt dia balik kje dia minta resit nk bayar semula..Alhamdulillah.. walaupon masih menumpang rumah mertua.ade perkara lain yg baik dari suami utk sy dan anak. Sebab tu penting pilih lelaki yg mengamalkan agma dlm kehidupan.

Anoi Anoi. bukan kedekut.kadang2 ade isteri yg jenis tk sedar diri borosss.

Julieya Dayanaa. Mmg semua duit suami sy yg pegang.. klu xpegang abis dia gonceng beli sportrim la itu la ini la.. dh bertahun sy control duit.. sy yg byr bil2 segalanye.. alhamdulillah kete abis byr,motor pun dh abis.. dia nk dia mintak kt sy.. kad bank kt dia pun xguna klu online banking semua password sy tau siap buat favorite.. hahah syg abah Jared Ijoy.

Suhaila Sulaiman. klu sy wallet suami pn sy x berani pegang or buka. melainkan dia ada bru sy mntak izin. bukan dia marah ke apa. tp enth la sy rasa wallet ,kad bank tu trlalu priivacy. klu nak ape2 sy mintak jek la. kdg2 shoping online mntak no tac jek. done.

Sumber: astr0gempak/ IG Ebitliew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sblum pergi kerja sy selalu Tinggal duit Atas Meja, Beri Kad Bank Pd Isteri” – Ebit Lew Nasihat Jangan Kedekut Pada Isteri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*