Kes Ramp4s M4yatt C0VlD-19 Meningkat Di Indonesia ,Mereka Tetap Mahu Mandikan Jen4zah

JAKARTA: Hospital di Indonesia meningkatkan kawalan di rumah may4t selepas ramai sanak saudara melarikan may4t mangsa COVID-19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka.

Pihak polis berkata, di bawah peraturan baharu di republik itu, mangsa COVID-19 mesti dibalut dengan plastik dan dikebumikan segera bagi mengelakkan penularan virus.

Ini kurang disenangi saudara-mara mangsa terutama yang beragama Islam, kerana tidak boleh memandikan dan mengkafankan jenazah sebelum dikebumi mengikut tuntutan agama.

Keluarga di negara majoriti penduduk Islam itu juga tidak dibenarkan berkumpul atau berada lama di tanah perkvburan ketika may4t mangsa dikebumikan.

Akibat kekangan itu, beberapa keluarga menceroboh memasuki rumah may4t beberapa hospital di Makassar di Sulawesi minggu lalu dan mengambil may4t anggota keluarga yang men1ngg4l dunia akibat COVID-19.

Jurucakap polis tempatan, Ibrahim Tompo, berkata mereka merampas secara paksa may4t yang sudah siap sedia untuk dikebumikan mengikut protokol virus.

“Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.

“Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan,” katanya.

Tambah beliau, khabar angin mengatakan beberapa may4t turut dijadualkan dikebumi segera walaupun men1ngg4l dunia kerana peny4kit tiada kaitan dengan COVID-19, lebih membvrukkan keadaan

“Ini menyebabkan keluarga dan penduduk tempatan m4rah. Jadi, mereka memutuskan untuk mengambil may4t secara paksa untuk dibawa ke rumah,” katanya.

Jumaat lalu di Surabaya, pihak berkuasa berkata mereka menahan empat individu selepas saudara mara merampas may4t yang disyaki mangsa virus itu dari hospital tempatan.

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kes Ramp4s M4yatt C0VlD-19 Meningkat Di Indonesia ,Mereka Tetap Mahu Mandikan Jen4zah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*