Keputusan Hakim kepada Tertuduh yang rosakkan pusat Tahfiz dua tahun lalu

Keputusan Hakim kepada Tertuduh yang rosakkan pusat Tahfiz dua tahun lalu

Susulan daripada tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu, yang menyebabkan 23 nyawa terkorban.

Hari ini, remaja lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukvman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Remaja itu didapati bersalah menyebabkan kem4tian 23 individu yang terd1ri daripada pelajar dan guru, dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Pada 28 Jan 2020, Azman memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela d1ri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun.

Mahkamah bagaimanapun  melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela d1ri.

Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membvnvh namun pertuduhan tersebut dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membvnvh dan menyebabkan kem4tian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Kes3ks4an yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukvman m4ti mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1)  Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukvman m4ti dan boleh diganti dengan hukvman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan yang bermula pada 30 Mei 2018.

Antaranya ialah Pengarah (Bahagian Keselamatan Kebakaran) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)  Putrajaya Edwin Galan Teruki yang memberitahu mahkamah injap dua tangki gas yang ditemukan di lokasi kebakaran di pusat tahfiz tersebut telah ditebuk.

Seorang lagi saksi, pegawai sains di Makmal Siasatan Kebakaran JPBM Kuala Lumpur Yusnita Osman berkata kesan petrol ditemukan pada sampel yang diambil daripada bangunan yang terbabit dalam kebakaran.

Sementara itu, remaja berkenaan dalam pembelaannya menafikan berada di perkarangan tahfiz ketika kejadian.

Seorang lagi saksi pembelaan, remaja berusia 19 tahun, memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia bersama-sama tertuduh serta rakan-rakan lain menghisap ganja sebelum kebakaran berlaku.

Saksi pembelaan ketiga itu berkata enam rakannya termasuk tertuduh, datang ke rumahnya dan mereka kemudian menunggang motosikal ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat di sini untuk menghisap ganja antara 1 dan 2 pagi pada 14 Sept 2017.

Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terper4ngkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.

Sumber : Bernama & Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Keputusan Hakim kepada Tertuduh yang rosakkan pusat Tahfiz dua tahun lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*