Kluster Sala pula muncul sekitar Yan, Kedah selepas kluster Sivagangga

Kluster Sala pula muncul sekitar Yan, Kedah selepas kluster Sivagangga

Selepas kluster Sivagangga, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan satu lagi kluster baharu di Kedah yang dikenali sebagai kluster Sala. Perkara ini telah diumumkan send1ri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster Sala dikesan di daerah Yan di mana kes pertama (iaitu kes ke-9,148) adalah lelaki warga negara yang dikesan positif pada 13 Ogos lalu melalui sistem survelan klinikal Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah.

Menurutnya, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan pada 14 Ogos 2020 dan kes dikesan positif pada hari ini.

“Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah ahli keluarga kepada kes pertama (kes ke-9,148). Sehingga hari ini, 80 kontak rapat beliau disaring yang mana daripada jumlah ini empat kes dikesan positif C0vld-19 dan 76 individu masih menunggu keputusan”. Jelas beliau.

Tambah beliau lagi, kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia dan pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan.

Langkah pencegahan dan membendung jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang dikenalpasti dan punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kluster Sala pula muncul sekitar Yan, Kedah selepas kluster Sivagangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*