Ibu sedih hilang 2 anak serentak, Nasib baik sempat tunaikan hajat anaknya

Ibu sedih hilang 2 anak serentak, Nasib baik sempat tunaikan hajat anaknya

“ARWAH beritahu dia balik semata-mata sebab nak makan satay ‘air tangan’ saya dan saya sempat penuhi permintaan terakhir arwah,” kata ibu kepada dua beradik yang m4ut dalam kem4l4ngan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, Pahang, semalam.

Rahimah Yusoff, 75, berkata anaknya, Roziah Mohamed Yusof, 22, pulang ke kampung bersama abangnya, Mohamed Rozuan, 32, pada 13 Ogos lalu dan bertolak semula ke Kuala Lumpur jam 2 petang semalam.

Katanya, mereka hanya pulang sekejap dan Roziah dari awal lagi memintanya membuat satay kerana mengidam air tangan ibunya.

“Anak-anak semuanya manja dengan saya, terutamanya Adik (Roziah), saya tak jangka akan kehilangan dua anak serentak.

“Sebaik menerima berita kem4l4ngan yang menimpa mereka malam tadi, kami sekeluarga terus bergerak ke Pahang,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Jering, Jeli, Tanah Merah.

Jenazah dua beradik itu selamat tiba dengan dua van jenazah Hospital Kuala Lipis pada 5.40 petang dan dikebumikan di Tanah Perkvburan Bukit Jering dalam satu liang.

Sementara itu, isteri Mohamed Rozuan, Nor Hafida Abdul Rahman, 32, paling sebak ketika meng1ringi jenazah suami dan adik iparnya.

Mohamed Rozuan men1ngg4lkan isteri dan dua anak yang masih kecil, Nurul Rania, 6, dan Nurul Raina, 3.

Dalam kejadian 6.40 petang semalam, Mohamed Rozuan dan adiknya, Roziah m4ut bersama rakannya, Faizul Idzafi Azmi, 34, apabila Proton Wira naiki bertembung dengan lori muatan kelapa sawit dari arah bertentangan.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd Zulhelmi Mustafa, 25, daripada Kampung Gong Tok Pek, Keluang, Kampung Raja, Terengganu cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lipis.

TIGA m4ut dan seorang parah selepas Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis, Merapoh berhampiran Padang Tengku, Lipis, hari ini.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, pemandu Proton Wira, Faizul Idzafi Azmi, 34, penumpang belakang, Roziah Mohamed Yusof, 22, dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusoff, 32, men1ngg4l dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kem4l4ngan dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang datang dari arah Kelantan – Kuala Lumpur bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

“Lori terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta berkenaan menyebabkan Proton Wira itu remuk di bahagian depan.

“Akibat kem4l4ngan itu, pemandu dan dua penumpang di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta, Mohd Zulhelmi Mustafa, 25, parah di kepala dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori, Muhammad Zainal Abidin Mohd Noor, 29, dan kelindan, Muhammad ShahrizalAriffin, 18, tidak mengalami kecederaan.

HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ibu sedih hilang 2 anak serentak, Nasib baik sempat tunaikan hajat anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*