Indonesia Diumumkan Sebagai Zon Hitam, Ini Puncanya

Indonesia Diumumkan Sebagai Zon Hitam, Ini Puncanya

Jawa Timur,  – Ibu kota Jawa Timur, Surabaya dilaporkan menjadi zon hitam C0VID-19 di wilayah ini. Menurut ahli epidemiologi dari Universiti Griffith, Dicky Budiman berkata, zon hitam berlaku apabila kes sudah melangkaui 2,000 kes, sekaligus menjadikan sesebuah kawasan darurat.

Jawa Timur mencatatkan 437 kes pemergian akibat C0VID-19 dengan kes tertinggi semalam (3 Jun) dengan 11 pemergian. Dari keseluruhan 5,310 kes C0VID-19 di wilayah tersebut, sebanyak 2,803 kes dicatatkan berlaku di Surabaya.

Angka itu menghamp1ri jumlah keseluruhan kes pemergian C0VID-19 di Jakarta yang mencecah 529 pemergian dari 7,539 kes setakat ini. Sementara itu menurut BBC Indonesia, kelemahan penguatkuasaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) merupakan antara faktor penularan serius C0VID-19 di sana.

Surabaya dilaporkan melaksanakan PSBB bermula 28 April dan dilanjutkan sebanyak dua kali. Fasa ketiga PSBB di sana dijangka berakhir pada 8 Jun ini. Walaubagaimanapun, ahli epidemiologi dari Universitas Airlangga, Windhu Purnomo berkata PSBB tidak mencapai matlamat dan Surabaya masih belum aman.

“Penyebabnya kenapa masih belum aman ialah sikap masyar4kat kerana pemerintah tidak melakukan pengawalan ketat. Tidak ada saringan di jalanan di Surabaya, hanya di checkpoint-checkpoint di bandar,” katanya. “Ya sudahlah, sekarang ini seperti tiada PSBB,” katanya.

Pemerhatian wartawan BBC juga mendapati trafik sibuk di beberapa jalan utama di Surabaya. Malah, kegiatan ekonomi penduduk tempatan masih dilihat berlaku seperti biasa dengan hanya sebahagian premis ditutup manakala sebahagian lain masih dibuka seperti biasa.

Sumber: KompasCNBC IndonesiaSurabaya Tribun NewsCorona JakartaInfo C0VID Jawa Timur

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Indonesia Diumumkan Sebagai Zon Hitam, Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*