Tiga Beradik Tingg4l Di Rumah Tanpa Peng4wasan, Ibu Meningg4l, Ayah Pula Bertarvng Ny4wa Di H0spital

Tiga beradik tinggal di rumah tanpa pengawasan ibu bapa setelah ibu mereka men1ngg4l dan ayah pula sedang bert4rung nyawa di hospital gara-gara dijangkiti cov1d-19.

Tak dapat bayangkan bagaimana anak-anak ini melalui hari-hari tanpa ibu dan ayah. Bagaimanalah emosi mereka yang baru saja kehil4ngan ibu tercinta dan dalam masa yang sama tiada khabar berita tentang keadaan ayah mereka.

Tiga Beradik Tinggal Di Rumah Tanpa Pengawasan

Tiga beradik yang masih kecil tinggal di rumah tanpa pengawasan orang dewasa selepas ibu mereka men1ngg4l dunia akibat cov1d-19 manakala ayah pula kini bert4rung nyawa di hospital angkara wabak durjana itu.

Nasib tiga beradik masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, Sze Han berkata, selepas mendapat maklumat mengenai tiga kanak-kanak itu, beliau bergegas men1ngg4lkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bagi meninjau keadaan pihak terlibat.

Ibu men1ngg4l, Ayah Pula bert4rung Nyawa Di Hospital

“Saya bergegas ke Pangsapuri Seri Cempaka untuk menziarahi tiga kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa penjaga.

“Ibu mereka telah men1ngg4l dunia manakala bapa mereka pula masih sedang bert4rung nyawa melawan cov1d-19,” katanya menerusi kemas kini berkenaan.

Sze Han berkata, pihaknya tampil membawa barangan seperti makanan dan anak patung bagi menenangkan hati tiga beradik berkenaan.

Hulurkan Bantuan

Tambah Sze Han, pasukannya juga akan mengawasi tiga beradik itu bagi memastikan mereka selamat dan tidak kelaparan.

“Saya sangat kagum dengan ketabahan mereka.

“Abang sulung menjaga adik-adiknya. Saya sangat risau kerana mereka terlalu kecil untuk ditinggalkan tanpa penjaga,” katanya.

Tambah Sze Han, pihaknya berterima kasih kepada jiran setempat yang sudi menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak terbabit.

Sumber:minguan wanita

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: www.dnq.pw


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiga Beradik Tingg4l Di Rumah Tanpa Peng4wasan, Ibu Meningg4l, Ayah Pula Bertarvng Ny4wa Di H0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*