Najib Akhirnya Berjumpa PM Sabri. Ini Yg Mereka Bincangkan

Semenjak PM bertukar kepada UMNO, Najib kini di lihat lebih sibuk jadi pengulas sukan, roti Gardenia pandan dan sebagainya.

Sudah kurang posting berkenaan c0vid atau pun kritikan ker4s terhadap kerajaan seperti yang beliau lakukan semasa pimpinan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin

Berikut ulasan Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri

“Jib jib dah jadi pengulas sukan ke?”
“Eh beli roti pula”

Ya saya tahu. Saya baca.

Prinsip dan pendirian saya jelas.

Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong.

Face to face, atau kat media sosial.

Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat.

Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.

Make no mistake. Terus terang saya kata.

Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.

Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran.

Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018.

Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita.

Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing.

Secara umumnya, itulah yang saya sampaikan kepada semua yang sudi mendengar dan menerima pandangan.

Semoga dimanfaatkan cadangan, strategi dan pengalaman yang ada.

Sekarang tiba masa bagi Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Kita tidak mampu gagal lagi.

Demi Keluarga Malaysia.

https://www.facebook.com/350525301281/posts/10160218588336282/

Veteran Umno cadang Najib diberi peranan dalam kerajaan

Veteran Umno menyarankan agar bekas perdana menteri Najib Razak turut diberi peranan dalam kerajaan, seperti Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub, berkata atas semangat Keluarga Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pengalaman yang ada, Najib wajar diberi peranan.

“Sewajarnya Najib juga turut diberikan peranan dalam kerajaan untuk menyumbang kepada proses pemulihan negara akibat cov1d-19.

“Keupayaan Najib terbukti khususnya dari segi dasar dan ekonomi sepanjang sembilan tahun mengemudi negara, pelbagai program bantuan kepada rakyat diperkenalkan.

“Mengambil semangat ‘Keluarga Malaysia’, Najib mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad wajar diberikan peranan,” katanya kepada Malaysiakini.


Mustapha Yaakub
Pada 4 September lalu, kerajaan mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN sebagai mengharai peranannya sebelum ini.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausa Negara Mohd Zuki Ali berkata ia dibuat atas dasar keyakinan terhadap kemampuan bekas perdana menteri itu untuk menerajui strategi pemulihan akibat kesan wab4k cov1d-19.

Muhyiddin pula berkata MPN akan membantu kerajaan melalui fasa pemulihan seperti yang telah digariskan.

Dalam pada itu Mustapha berkata bergantung kepada Muhyiddin sama ada untuk melibatkan Najib atau tidak dalam MPN.

“Saya kira tidak ada keperluan untuk kerajaan membentuk jawatankuasa baru.

“Namun, saya kira Najib perlu diberi peranan dan dia pasti akan menerimanya walaupun tanpa sebarang elaun,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Najib Akhirnya Berjumpa PM Sabri. Ini Yg Mereka Bincangkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*