Ali XPDC Mengakui Kini Dia Termasuk Dalam G0longan Asnaf. Ini Puncanya

Penyanyi, Ali XPDC mengakui kini dia termasuk dalam gol0ngan asnaf selepas lebih setahun tidak mempunyai sebarang pendapatan kerana tidak boleh bekerja.

Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini menerima bantuan sebanyak RM600 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup kami. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Ali sejak 2 September lalu menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kerana mengalami masalah sempvt dan lem4h jantung.

Bagaimanapun dia sudah dibenarkan pulang ke rumah petang semalam (Khamis).

Tambah Ali lagi, dia bersyukur kerana kos rawatan di PPUM itu turut dit4nggung pihak LZS.

“Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya.

“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak LZS, individu dan peminat yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya,” katanya yang mempunyai lima anak yang masih belajar.

Ali mula mengalami masalah sempvt sejak hujung Ogos lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum dit4han di wad untuk rawatan lanjut pada 2 September lalu.

Rabu lalu, majlis bacaan Yassin dianjurkan golongan rockers era 1990-an yang dipimpin Ustaz Zulkefli Hamat bagi mendoakan kesembuhan Ali.

“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya dengan bacaan Yassin semalam. Pagi ini saya rasa lapang sangat kerana berkat doa semua,” katanya.

Sumber/Foto: Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ali XPDC Mengakui Kini Dia Termasuk Dalam G0longan Asnaf. Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*