“Jang4n Bvat H4l! Ada Cable Bes4r Ke?” Fauziah Nawi Beng4ng Ada Pr0duksi Ambil Pelak0n T4k V4ksin

Tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran mengundang kem4rahan aktres Fauziah Nawi.

Fauziah, 68, mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan ditarik balik jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.

“Macam mana ada penerbit dan PM boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian, kebenaran akan ditarik balik.

“Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #Finas dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam-diamlah,” kata Fauziah.

Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa kesal terhadap penerbit yang mengambil kesempatan terhadap kebenaran yang diberikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Pada Selasa, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa 9 September.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin cov1d-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu semua penggiat seni yang ingin memulakan kerja sepatutnya mematuhi SOP yang ketat seperti yang ditetapkan kerajaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Biarpun vaksinasi itu merupakan pilihan individu namun Fauziah berh4rap semua pihak tidak bersikap pentingkan d1ri send1ri.

“Ramai dah dapat tawaran untuk mula kerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua kena ikut SOP… kena vaksin, swab test sebelum dan selepas shooting.

“Ramai yang belum dapat kerja dan tengah seksa hidup ini. Tolong la… sesiapa yang tak nak vaksin itu, terpulang la. Itu pilihan anda dan hak individu.

“Hak asasi manusia tapi janganlah s0mb0ng, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak, jangan cakap.

“Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, selfish dan s0mb0ng,” katanya menerusi video di laman Instagram.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan Fauziah menerusi perkongsian berkenaan. -CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: CARI


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Jang4n Bvat H4l! Ada Cable Bes4r Ke?” Fauziah Nawi Beng4ng Ada Pr0duksi Ambil Pelak0n T4k V4ksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*