Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 PPN, Rupanya Hanya 2 SJR Ditutup, Lain Masih Dikekalkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.

Ini perkara yang dibenarkan kepada individu lengkap dua dos vaksin di Lembah Klang.

* Rent4s daerah dibenarkan dan tiada sek4tan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP);

* Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merent4s negeri;

* Ibu bapa dibenarkan merent4s negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;

* Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin;

* Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;

* Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium;

* Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan

* Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.

Hanya 2 SJR di daerah Petaling ditutup, lain masih dikekalkan

Petaling Jaya: Dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini ditutup berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini susulan pengumuman kawasan Lembah Klang beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua SJR yang ditutup itu adalah Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram yang terletak di bawah laluan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Menurutnya, bagaimanapun lokasi SJR yang sedia ada akan terus dikekalkan iaitu Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

“Polis Daerah Petaling Jaya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PPN Fasa 2.

“Orang ramai juga diingatkan tidak terlalu l3ka dengan beberapa pengumuman kelonggaran yang diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan menceg4h p4ndemik cov1d-19 ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kerjasama er4t daripada semua lapisan masyarakat amat diharapkan bagi memutuskan rantaian pandemik cov1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : trendingsangat


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 PPN, Rupanya Hanya 2 SJR Ditutup, Lain Masih Dikekalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*