Dia Sanggup Memandu Seorang Diri Sejauh 350 Kilometer Semata Mata Untuk Terima Vaksin.

Seorang suri rumah, Marina Rosly, sanggup memandu lebih 350 kilometer (km) bersendirian dari Perak ke Melaka untuk mendapatkan sunt1kan vaksin cov1d-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, hari ini.

Marina, 37, berkata, tindakannya itu bagi membantu usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok mencegah cov1d-19 dan dia terpaksa menempuh perjalanan sendirian berikutan suaminya terpaksa bertugas.

Katanya, sebelum ini, dia sudah mendaftar menggunakan alamatnya di Ipoh, tetapi tidak berjaya menyebabkan dia mendaftar semula di MySejahtera sebelum akhirnya terpilih mendapat vaksin di Melaka.

“Saya menggunakan alamat kediaman di Paya Rumput Indah yang juga tempat kelahiran ibu bapa serta beberapa adik beradik lain.

“Sebelum ini, semua lapan adik beradik, saudara serta ibu dan bapa sudah divaksin menyebabkan saya teruja untuk segera berbuat demikian.

“Inilah pengorbanan kecil saya untuk membantu usaha pencegahan wab4k dan ikhtiar diri sambil berdoa agar wab4k akan segera terkawal dan berakhir.

“Kalau dilihat setiap hari ada berita sed1h termasuk mereka dij4ngkiti, men1ngg4l dunia selain kesed1han individu kehil4ngan ahli keluarga serta masalah ekonomi lain seperti hil4ng kerja,” katanya.

Sementara itu, ayahnya, Rosly Samad, 64, berkata dia bersyukur apabila anak keduanya itu selamat menerima vaksin selepas melalui perjalanan jauh dan akan pulang semula ke Ipoh minggu ini.

Beliau berkata, Marina akan pulang semula ke Melaka kira-kira tiga minggu lagi bagi dos kedua dan kemungkinan akan ditemani suaminya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : ASN


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dia Sanggup Memandu Seorang Diri Sejauh 350 Kilometer Semata Mata Untuk Terima Vaksin."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*