Eina Azman syukur suami dah balik rumah selepas 12 hari mel4wan Cov1d-19 – “Terima kasih bagi macam-macam tips untuk cuba sembuhkan dia”

SELEPAS mengharungi 12 hari penuh debaran, akhirnya aktres Datin Eina Azman bersyukur suami Datuk Kaiser Gurmeet sembuh sepenuhnya daripada j4ngkit4n cov1d-19.

Pemilik nama Ainur Syakina Azman, 26, berkata, suaminya kini sudah selamat kembali ke rumah mereka pada Khamis dan berada dalam keadaan sihat.

Bercerita tentang perasaan bimbangnya dalam tempoh itu, Eina berkata, suaminya hampir dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan berikutan j4ngkit4n v1rus merebak 30 peratus pada paru-paru suaminya.

Eina 1

Eina berkongsi perkara itu di Instagram pada Khamis.

“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat d1ri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena cov1d tahap 4 dan paru-paru pun dah merebak 30 peratus.

“Dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa dua hingga tiga hari oksigen tak ok suami kena masuk ICU.

“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya dimasukkan ke ICU. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya,” katanya.

Saya tak mampu nak balas semua WhatsApp dan DM.

EINA AZMAN

PELAKON

Pada 31 Ogos lalu, Eina memaklumkan dia, suami dan dua pembantu rumah dijangkiti virus cov1d-19.

Manakala, dua cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia lima tahun tidak dij4ngk1ti v1rus berkenaan.

Keesokan harinya, keadaan suaminya semakin bvruk dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas paras oksigen menurun.

Dalam pada itu, pelakon drama The Maid ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta pengikutnya di laman sosial atas doa yang tidak henti.

eina 2

Suami Eina dimasukkan ke hospital akibat paras oksigen menurun.

“Disini saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan semua pengikut saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Saya tak mampu nak balas semua WhatsApp dan DM. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk d1ri saya suami serta bibik-bibik.

“Sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa anda semua yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah amin,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Eina Azman syukur suami dah balik rumah selepas 12 hari mel4wan Cov1d-19 – “Terima kasih bagi macam-macam tips untuk cuba sembuhkan dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*