“Saya minta maaf” – Ziyad Zolkeflin Luah rasa kes4l Pinggat Emas Ditarik Balik

Susulan isu bantahan pingat emas terhadap Ziyad Zolkefli semalam, atlet tersebut telah disahkan kehil4ngan kemenangannya selepas keputusan rayuan oleh wakil Malaysia ditolak.

Walaupun berjaya memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter dalam acara lontar peluru F20, kemenangan Ziyad ditarik semula selepas didakwa lewat untuk menghadirkan dirinya ke pusat panggilan sebelum acara bermula.

Hujan punca lewat

Menurut laporan dari Timbalan Menteri dan Sukan, Ziyad bersama dua lagi atlet dari Australia dan Ecuador telah terhalang untuk memasuki pusat panggilan kerana keadaan cuaca yang hujan ketika itu serta kawasan yang padat kerana dipenuhi dengan atlet dari acara lain.

Meskipun rayuan telah dikemukakan terhadap atlet dari ketiga-tiga negara, keputusan dari Pengadil Pertandingan dan Juri Rayuan Para Olahraga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 masih lagi kekal.

Bant4han boleh dibuat, tapi…

Walaubagaimanapun, pihak Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan meneruskan bantahan bagi  mempertimbangkan semua rayuan ketiga-tiga negara tersebut kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athelitic (WPA).

Namun, bantahan tersebut hanya boleh dibuat oleh wakil Malaysia selepas temasya Tokyo Paralimpik 2020 berakhir.

Atlet tersebut turut dilihat memuatnaik permohonan maaf di akaun Instagramnya pagi tadi susulan keputusan yang telah diumumkan.

Sumber : ohmymedia

Seketeriat  Malaysia telah membuat bantahan terhadap penarikan pingat yang sepatutnya menjadi milik Malaysia bersama 2 lagi negara, Australia dan Ecuador yang turut disenarai oleh pihak Ukraine dalam bantahannya sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu juga menerusi Twitternya memaklumkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut sedang berusaha melakukan perbincangan dengan membantah bantahan yang dilakukan oleh Ukraine.

 

Sama-sama kita doakan agar pingat Emas Ziyad dikembalikan.

Juga dilihat Khairy Jamaluddin turun meluahkan rasa ketidak puas hati atas keputusan yang di buat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://transformasi.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya minta maaf” – Ziyad Zolkeflin Luah rasa kes4l Pinggat Emas Ditarik Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*