“Dengan Handbag Bagai. Apa Sebenarnya Content Dia Nak Tunjuk?” – Netizen Persoal Percutian Mewah Rizalman

Baru-baru ini, pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim terbang ke Pulau Langkawi, Kedah untuk bercuti dan meluangkan masa bersama anak-anaknya, Umar 19 dan Aali, 9.

Melihat pada perkongsian di laman sosial, difahamkan beliau terbang ke Langkawi dengan menaiki jet peribadi.

Sesampainya di pulau legenda itu, Rizalman yang cukup popular dalam kalangan selebriti tempatan menginap di Hotel Four Seasons, salah sebuah hotel terkemuka

Sungguhpun percutian Rizalman itu kelihatan seperti percutian-percutian mewah sebelumnya, namun lain pula dengan tanggapan netizen di laman sosial.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di laman Facebook, ada segelintir netizen yang mempertikaikan percutian mewah yang dinikm4t1 oleh Rizalman ketika berada di Langkawi.

“Four Seasons sahaja pun… Kalau bilik RM70k+ baik duit tu sedekah dekat orang yang memerlukan. Ketika orang Malaysia ramai yang tengah susah, tak payahlah kongsi di sosial media,” tulis pengguna Facebook berkenaan.

Ada juga antara netizen yang menyifatkan percutian Rizalman itu sebagai satu keseronokan sementara.

“Tidaklah saya nak berhabis duit banyak-banyak untuk keseronokan sementara tu. Melabur untuk keseronokan hakiki yang berkekalan di a.khirat lagi baik.

“Walaupun Datuk ni dah mungkin banyak saham akhiratnya, baiklah tidak dihabiskan dengan cara sebegini,” tulis seorang lagi netizen.

Selain itu, fesyen yang digayakan oleh Rizalman menerusi perkongsian video berkenaan juga mendapat k.ritikan daripada netizen.

“Pelik, nak kata pakaian lelaki, macam pakaian perempuan. Kasut pun sama… dengan handbag bagai. Apa sebenarnya content dia nak tunjuk? Nanti orang bercakap-cakap mulalah mulut dia m.aki ha.mun orang. Walhal dah sah-sah nak tunjuk sikap tak baik.

“Maaflah, bukan de.ngki, memang rezeki tapi tak perlu kot nak over-expose macam ni. Riak pula nampak gayanya,” kongsinya.

Sekitar Jun lalu, Rizalman pernah mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan pengikutnya di Instagram dan netizen apabila hadiah ikan salmon yang dikirim oleh peminat diberikan kepada kucing peliharaannya.

Menurut Rizalman, dia tidak gemar memakan ikan salmon dan meminta agar peminat berhenti daripada memberikan barangan basah kepadanya.

Selain itu, Rizalman turut memadam kesemua hantarannya di Instagram dan meletakkan akaunnya itu dalam tetapan peribadi sehingga ke hari ini.

Sumber : Gempak

Netlzen Dkwa Rizalman & Anak Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi, Tinggal Di Villa Mewah Harga Satu Malam

Sebelum ini, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencri tumpuan wargamaya selepas pergi bercuti dengan menaiki helikopter.

Kali ini, giliran pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelakinya yang bercuti ke Pulau Langkawi.

Foto tular Rizalman bersama dua anak lelakinya yang menaiki jet peribadi ke Langkawi, baru-baru ini.

Pergi Langkawi naik jet peribadi

Laman media sosial menjadi ‘panas’ selepas netizen berkongsi foto dan video Rizalman menaiki jet peribadi ke pulau peranginan itu. Malah, ada yang mendkwa jet peribadi itu adalah milik Rizalman sendiri.

Difahamkan, Rizalman sekeluarga berangkat dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

@syaaakira1: Wow Rizalman naik jet peribadi eh pergi Langkawi.

@noranistini: Rizalman pergi Langkawi naik jet peribadi. Tak payah sesak kat lapangan terbang.

@ymsarahh: Trip Rizalman pergi Langkawi is on another level.

@nana_shazliana: Fuh Rizalman naik jet peribadi.

Menginap di villa mewah

Selain itu, bukan pesawat sahaja yang menjadi topik perbualan tetapi tempat penginapan Rizalman yang serba mewah.

Hasil pencarian pengguna media sosial, mereka mendakwa harga satu malam di villa sebuah hotel terkemuka itu adalah sekitar RM50,000 hingga RM100,000.

Ketika percutian itu, Rizalman juga berkongsi aktiviti yang dilakukan antaranya berbasikal dan menaiki cruise.

Memetik komen warganet, rata-rata menyifatkan Rizalman mempunyai keperibadian diri yang baik hati dan pemurah. Berdasarkan satu perkongsian pengguna yang menggunakan nama @Zalins Ramli mendedahkan ahli perniagaan itu telah membeli belah di premis miliknya namun enggan mengambil duit baki daripada peniaga.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar ahli perniagaan itu diberikan kesejahteraan serta menikm4t1 kesenangan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber : ohbulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dengan Handbag Bagai. Apa Sebenarnya Content Dia Nak Tunjuk?” – Netizen Persoal Percutian Mewah Rizalman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*