Genap 100 hari, Shuib sukar nak ‘move on’

Puchong: Emosi pelawak popular, Shuib sering terganggu sejak pem3rgian isterinya, Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu.

Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad juga menangis setiap kali terkenang Allahy4rham isterinya itu.

“Hari ini genap 100 hari pem3rgian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang men4ngis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Shuib ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan yang berusia tiga bulan dan tahlil sempena 100 hari pem3rgian Siti Sarah yang diadakan di dewan tempat tinggal mereka, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Shuib juga berkongsi dia masih belum pernah mimpikan Allahy4rham isterinya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sed1hlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Selain itu, Shuib berkongsi dia hil4ng selera makan sejak pem3rgian isterinya.

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar saja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

Sumber : HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Genap 100 hari, Shuib sukar nak ‘move on’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*