“Telus Dalam Berniaga Itu Adab”-Normala Samsudin Tegur Isu Harga Ikan Siakap ‘Kayangan’

Isu yang tular di media sosial mengenai pemilik restoran yang menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196 mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah selebriti dan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin yang turut tampil memberikan pandangannya.

“Telus Dalam Berniaga Itu Satu Adab”-Normala Samsudin

Menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di Instagram, Normala memberitahu bahawa ketelusan dalam berniaga itu adalah sebuah adab .

“Telus dalam berniaga itu adab. Bagitau sekilo berapa harga. Dah masak berapa harga. Kalau mereka tak setuju harga mahal sangat terpulang pada pelanggan.”- pesan Normala

Tambahnya lagi, sebagai pelanggan adakalanya mereka terlupa untuk bertanyakan harga seekor ikan berikutan terlalu lapar dan mungkin takut dianggap sebagai pelanggan yang kedekvt.

“Kita sebagai pelanggan kadang-kadang bila tengah lapar lupa nak tanya harga seekor ikan, sebab biar cepat masak, sebab malu nak tanya nanti orang kata kedekvt pun ya.

“Tapi sebab tak bertanya itulah kita terjer4t. Saya pernah terkena macam ini, nak jaga air muka send1ri dan juga tuan kedai.

Rasa serik juga, tapi bertabah dan fikir baik je la..”- kata Normala

Punca Pelanggan ‘Terjer4t’

Mahu Pihak Si4sat &  Perbetulkan Isu Yang Tul4r 

Dalam pada itu, beliau turut berh4rap akan ada pihak yang terlibat untuk menyi4sat dan memperbetulkan isu yang sedang tular tersebut secara menyeluruh di semua tempat pelancongan.

“La ni harga  barang memang naik melambung..Kita h4rap ada pihak yang menyi4sat dan perbetulkan.

Bukan sahaja di Langkawi, tapi di semua tempat perlancongan.”- katanya lagi

via Facebook محمد فارس ذوالقرنين

Untuk rekod, beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila seorang warganet yang mendakwa dia terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram sewaktu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Telus Dalam Berniaga Itu Adab”-Normala Samsudin Tegur Isu Harga Ikan Siakap ‘Kayangan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*