Nynaa Letak 7 Syarat Pel1k Jika Nak Jumpa, Buat Suami Rasa Hairan

KUALA LUMPUR : Bagaikan kisah dongeng Puteri Gunung Ledang, suami pelakon, Nynaa Harizal, 25, Mohamed Fahmi Ilyas hairan mengapa isterinya telah membuat tujuh syarat ket4t jika mahu berjumpa dengannya untuk berkomunikasi mengenai urusan percer4ian mereka.

Menurut Fahmi, syarat tersebut di berikan oleh Nynaa pada tarikh 12 November lalu pada pukul 6 petang semasa menghubunginya namun timbul rasa an3h apabila hasrat Nynaa untuk berjumpa bagaikan terlalu rum1t dan ket4t.

“Memang benar dia ada hubungi saya pada tarikh tersebut seperti yang dikatakan dalam kenyataannya semalam. Sepanjang 30 saat hubungi,saya gembira dengar suara dia namun macam tak sedap hati.

“Ia kerana dia memberikan tujuh syarat jika mahu berjumpa dengannya bagi membincangkan masalah kami. Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru. Kedua, saya kena datang seorang diri. Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan.

“Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media. Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat? Lagipun kita suami isteri,” kata Fahmi.

Fahmi berkata demikian semasa ditemui pada sidang media yang diadakan di Menara Bank Rakyat, di ibu kota hari ini.

Selain itu, kata Fahmi, secara peribadi, dia yakin apa yang berlaku bukanlah perancangan daripada isterinya tetapi ada pihak yang meng4walnya memandangkan seharusnya sebagai suami dan isteri, perbincangan dan sebarang keputusan boleh dibuat tanpa ada hal4ngan.

Katanya, ia termasuk merujuk kepada hasrat Nynaa untuk berjumpa menyelesaikan masalah di mana-mana lokasi tanpa ada syarat tertentu.

“Boleh saja jumpa di mana-mana tempat lain, di Kuala Lumpur pun boleh. Kenapa nak kena di Johor Bharu juga? Bila ditanya, katanya dia tidak dibenarkan keluar dari Johor Bharu tapi tak boleh beritahu siapa. Masalahnya, siapa yang tak benarkan?

“Banyak tanda tanya dari pihak saya. Dia menuntut untuk berc3rai secara baik tetapi apa yang berlaku ini bagaikan satu manipulasi. Mana tidaknya, nak jumpa berbincang dengan baik pun wujud syarat-syarat pel1k?” katanya.

Sementara itu, Fahmi juga tidak men0lak berkemungkinan kem3lut ini berlaku melibatkan faktor kewangan namun mengaku tidak boleh menjelaskan secara terperinci mengenai hal tersebut.

“Mungkin juga faktor kewangan bersangkut paut. Tapi tak boleh cakap lebih-lebih sebab saya pun tak tahu apa sebab semua ini berlaku.

“Macam mana saya nak sahkan kalau kami semua tidak betul-betul duduk berbincang? Begitu juga jika nak berc3rai. Jika ternyata memang benar Nynaa berhasrat untuk berc3rai, perkara itu boleh diselesaikan dengan baik jika cara yang dilakukan ini pun tidak nampak baik?

“Kalau nak cer4i, saya boleh beri persetujuan jika dia sendiri berjumpa dengan saya dan selesaikan 1su ini dengan tertib.

“Semua bukti perbualan sepanjang tempoh sebelum dan selepas kejadian saya ada simpan. Tapi tak dapat nak ded4hkan sekarang atas nasihat peguam,” katanya.

Mohamed Fahmi, 29, dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu pada 3 November lalu, Fahmi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MFI Group mend4kwa isterinya ‘dil4rikan’ oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bek4s juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bers4lah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas kes4lahan mengvgut dengan menggunakan pist0l ke atas seorang lelaki minggu lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil men4fikan mengenai dakw4an dan telahan suaminya yang memaklumkan bahawa dirinya telah dil4rikan oleh keluarga sebelum dia membuat tuntutan cer4i.

Selang seminggu iaitu pada 11 November, Mohamed Fahmi membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa did4kwa keluar rumah tanpa kebenaran sejak 2 November lalu.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Kontr0v3rsi dan kemelvt perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin teg4ng apabila pelakon itu semalam memfailkan permohonan cer4i kepada suaminya.

Nynaa hadir ke Mahmakah Rendah Syariah Johor Bahru bagi menghadiri sebutan permohonan percer4ian yang dilakukannya melalui peguam syarie pada 10 November lalu.

Permohonan percer4ian dengan tal4k atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Percer4ian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : trendingsangat


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Nynaa Letak 7 Syarat Pel1k Jika Nak Jumpa, Buat Suami Rasa Hairan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*