[GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November lalu.

Dengan Dua Kali Lafaz 

Pengumuman itu dibuat pasangan ini menerusi sebuah majlis sidang media walimatulurus mereka yang diadakan pada petang Selasa di De’Wan 1958.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.

Dihad1ri Hampir 100 Tetamu 

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal. Dalam majlis itu, hampir 100 tetamu yang terd1ri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.

Sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin ini kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan nikah daripada pereka Shanell Harun sebelum disusuli dengan persalinan tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Menurut Rizman Ruzaini, busana tersebut telah diinspirasikan daripada pemerintah Kelantan suatu ketika dahulu, Che Siti Wan Kembang, sesuai dengan negeri kelahiran pelakon ini.

“Uqasha Senrose dalam Jelmaan Che Siti Wan Kembang dengan busana yang diinspirasikan dari persalinan ‘Legendary Queen’ dari Negeri Kelantan, yang juga merupakan tempat kelahiran Uqasha” kongsi duo pereka fesyen itu

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Hari Bahagia Kamal & Uqasha Diabadikan Di Astro Ria 

Untuk rekod, Astro Ria mendapat hak penyiaran eksklusif untuk membuat liputan khas pada hari bahagia mereka.

Detik bersejarah penyatuan Kamal dan Uqasha bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[GAMBAR] Sekitar Majlis Pernikahan Kamal Adli & Uqasha Senrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*