Seb4k! Shuib kongsi audio perbualan ter4khir arw4h Siti Sarah sebelum ditidurkan -“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan…”

“YOU jangan n4ngis… daddy jangan sed1h. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi allahy4rham Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana j4ngkitan cov1d-19 pada 6 Ogos lalu.

Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di m4t1C, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pem3rgi4n allahy4rham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arw4h untuk ditidurkan.

VIDEO muzik rasmi lagu Tinggalkan Diriku dilancarkan tepat pukul 3 patang tadi menerusi saluran YouTube, Shuib Channel.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorb4nan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita.

“Ibu… sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas ter4khir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat cov1d 19.

allahy4rham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, allahy4rham men1ngg4lkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq m4t1n, 6.

TONTON PETIKAN PERBUALAN TERAKHIR arw4h DALAM MV LAGU TINGGALKAN DIRIKU!

Berkongsi mengenai penghasilan MV tersebut, Shuib berkata penyampaian Siti Sarah sungguh berbeza dalam lagu berkenaan kerana arw4h seolah-olah sudah mengetahui ajalnya bakal tiba.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Tinggalkan Diriku merupakan ciptaan Aidit Alfian. Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula akan disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai Jumaat.

Shuib selalu menangis terkenang arw4h Siti Sarah

Genap 100 hari pem3rgi4n arw4h isteri, allahy4rham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu masih sukar meneruskan kehidupan tanpa mengenangkan insan k3sayangannya itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mengakui men4ngis setiap kali terkenang isterinya yang dijemput Ilahi pada 9 Ogos lalu.

“Hari ini genap 100 hari pem3rgi4n arw4h. Setakat ini, anak-anak okay sahaja, cuma sesekali mereka katakan ibu sudah tiada dan meluahkan perasaan rindu. Tetapi, saya pula agak sukar dan senang ‘bocor’ apabila teringatkan arw4h.

“Kalau ikutkan saya jenis yang penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah. Tetapi, saya agak sukar ‘move on’ dalam situasi ini.

“Sebenarnya, saya percaya suami isteri akan melalui seperti ini apabila berlaku terlalu awal pem3rgi4n pasangan. Sudah tentu, ia mengambil masa untuk terima. Dan, masanya yang diambil tidak tahu berapa lama,” katanya kepada ketika ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempat, Ayash Affan yang berusia tiga bulan serta tahlil sempena 100 hari pem3rgi4n arw4h Siti Sarah di kediamannya.

Shuib berkata, dia cuba meneruskan kehidupan, tetapi sentiasa sahaja terkenangkan.

“Seperti nak buat majlis hari ini, saya rasa arw4h ada sahaja di sisi. Sebab ketika mula pindah di sini, arw4h memang suka buat majlis.

“Jadi, apabila teringatkannya, saya sebak,” katanya kepada BH Online.

Melihat keadaan fizikal yang agak susut, Shuib memberitahu, dia hil4ng selera makan sejak pem3rgi4n arw4h isterinya.

“Ya, saya kurang makan sebab tiada selera. Jika dengan arw4h, dia suka makan, jadi saya tidak boleh tolak.

“Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Iyalah dulu makan, arw4h ada, sekarang makan saya sendiri yang kena jaga.

“Dan sekarang saya makan bila lapar sahaja, sebab saya tak jumpa selera makan saya. Itu yang menyebabkan badan susut sikit,” katanya yang masih menziarahi kubur arw4h setiap Isnin dan Jumaat.

Sementara itu, Shuib masih mengambil tempoh berehat berkata, dia sudah enam bulan tidak bekerja dan menjayakan sebarang tawaran seni.

Shuib bersama empat cahaya matanya pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash serta tahlil sempena 100 hari pem3rgi4n arw4h Siti Sarah di kediamannya di Puchong.
Kata Shuib, dia bagaikan tidak pandai untuk kembali bekerja dan disebabkan itu, memilih meneruskan pemeriksaan k3sihatannya.

“Saya masih berjumpa doktor peribadi yang menjaga arw4h dahulu untuk memeriksa tahap k3sihatan saya. Beliau adalah doktor pakar psikiatri yang sama jumpa ketika arw4h mahu hamil anak keempat.

“Saya jumpa sebab emosi saya masih tak okay. Doktor mengatakan hormon estrogen saya lebih tinggi berbanding hormon testosteron disebabkan saya beremosi.

“Doktor bagi ubat seimbang dan menstabilkan emosi saya. Namun, kali terakhir bertemu doktor, ada peningkatan yang baik. Alhamdulillah,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan Ayash, Shuib berkata, anak bongsunya membesar dengan sihat.

“Ayash baik-baik sahaja, cuma sekarang sering berjaga lewat malam dan mahu sentiasa didukung.

“Apabila keadaan begitu, saya jadi sedih sebab teringatkan arw4h ibunya.

“Ayash sekarang pun tidak boleh lambat menyusu. Jika lambat akan marah. Sama seperti arw4h ibunya yang tidak boleh lambat ketika mengandungkannya, mungkin sikap arw4h beralih kepada Ayash.

“Jujurnya, Ayash tidak ubah seperti ibunya. Dari sikap tidak boleh lambat sehinggalah cara tidur dengan meletakkan tangan di dagu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shuib bersama Indigital Music akan melancarkan muzik video lagu nyanyian arw4h Siti Sarah, Tinggalkan Diriku pada 26 November ini.

“Sekitar dua tahun lalu, Sarah ada merakamkan lagu Tinggalkan Diriku bersama arw4h Lok U dan arw4h Aji dalam studio.

“Lagu itu dirakamkan ketika mereka mengadakan sesi latihan untuk persembahan di Pusat Pelancongan Malaysia (m4t1C). Tetapi, nyanyiannya sangat menyentuh hati.

“Saya mendapat tahu mengenai rakaman ini selepas hari keenam arw4h men1ngg4l dunia.

“Jadi, kami memutuskan untuk membuat video muzik memandangkan tiga sahabat ini sudah pergi dijemput Ilahi terlebih dahulu. Ini membuatkan saya tertanya-tanya adakah mereka bertiga tahu akan m4t1?,” katanya.

allahy4rham Aji atau nama sebenarnya, Fauzi Samin yang juga pemain gitar terkenal men1ngg4l dunia akibat serangan jantung pada 5 September 2019.

Manakala pada 22 Januari, tahun lalu, allahy4rham Lok-U men1ngg4l dunia selepas dilaporkan sesak nafas pulang daripada aktiviti jogging.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/2 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Seb4k! Shuib kongsi audio perbualan ter4khir arw4h Siti Sarah sebelum ditidurkan -“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*