“Pintu hati saya sentiasa terbuka. Cuma tak ada orang nak cuba masuk,”- DJ Lin Meluahkan Hasrat Ingin Kahwin Lagi

LIMA belas tahun menjadi ibu tvnggal kepada dua orang anak, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin mengakui dia kini mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi.

Tiada masa untuk mencari pasangan, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid bagaimanapun sentiasa membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki yang ingin mengenalinya.

“Setiap orang yang masih single, mesti akan terfikir untuk berkahwin dan hidup dengan pasangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Cuma kita ini wanita berkerjaya… bukan senang untuk ada masa nak mencari atau berkenalan. Saya lebih menyerahkan perkara ini kepada Allah.

“Sebab jodoh, aj4l dan m4ut itu kuasa Allah. Cuma, saya h4rap kalau ada jodoh yang bakal hadir dalam hidup saya itu nanti datang daripada orang yang baik.

“Saya pun tak pernah menutup pintu hati saya… pintu hati saya sentiasa terbuka. Cuma tak ada orang nak cuba masuk,” katanya kepada mStar.

 

Mungkin juga mereka tengok saya ini tak pernah nak melayan.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-46 pada 31 Disember, Jumaat.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata kemungkinan lelaki sukar mendekatinya kerana menganggap dia seorang wanita berkerjaya dan tidak mudah melayan orang.

“Sebenarnya, saya send1ri tak tahu apa persepsi lelaki terhadap saya. Mungkin juga mereka t4kut nak dekat sebab melihat saya ada karier… mungkinlah.

DJ Lin 1

DJ Lin mempunyai dua orang anak.

“Mungkin juga mereka tengok saya ini tak pernah nak melayan. Lagi-lagi di media sosial memang tak ada masa nak layan.

“Tak pernah saya nak layan lebih-lebih dan tak beri ruang. Mungkin ada yang mencuba tapi tak berjaya,” ujarnya.

Untuk rekod, DJ Lin bercer4i pada 2006 dan mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya 20, dan Nazren Asyran, 18.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pintu hati saya sentiasa terbuka. Cuma tak ada orang nak cuba masuk,”- DJ Lin Meluahkan Hasrat Ingin Kahwin Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*