Ramai Tak Sangka Bila Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Dah Sebulan Bernikah, Uqasha Beritahu Sesuatu Tentang Pernikahan Rahsia Ini

Selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan, pasangan sensasi, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, akhirnya mengumumkan sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu.

Ia sekali gus mengiyakan gosip pemenang trofi Gandingan Serasi Drama Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 33 dan 34 itu sudah berkahwin, awal bulan lalu.

Kamal dan Uqasha memaklumkan, majlis akad nikah diadakan secara tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang pada sidang media liputan eksklusif ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’, petang ini.

Hanya dua kali lafaz, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah, Tuan Izzuddin Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi pada 5 November lalu.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.

UQASHA SENROSE BERITAHU MEREKA TIDAK RANCANG SEBENARNYA

“Alhamdulillah, kami selamat bergelar suami isteri, sebulan lalu. Akhirnya, segala-galanya dipermudahkan selepas beberapa kali perancangan perkahwinan tertunda disebabkan situasi pandemik cov1d-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Hanya 100 tetamu sahaja yang hadir. Terima kasih kepada ahli keluarga yang menghorm4t1 permintaan kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk perkahwinan ini.

“Tarikh asyik bertukar, tetapi kami lega apabila terlepas satu bebanan,” kata Kamal yang gembira dan teruja dengan tanggungjawab barunya itu.

Sementara itu, Uqasha mendedahkan, dia tiada niat langsung mahu berahsia.

“Dengan prosedur operasi standard (SOP) dan tarikh bertukar-tukar, kami memang tertekan. Nak ajak ramai tetamu pula terbatas, jemputan memang terhad,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Kamal turut membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 pada Disember, tahun lalu.

Hubungan cinta Kamal dan Uqaha mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.

Kamal dan Uqasha bakal menunaikan umrah pada 23 Disember ini sebagai pra bulan madu.

Tiga episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember ini, jam 9 malam.

VIDEO SIDANG MEDIA:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : BHARIAN ONLINE via ASN


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ramai Tak Sangka Bila Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Dah Sebulan Bernikah, Uqasha Beritahu Sesuatu Tentang Pernikahan Rahsia Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*