Mngsa Banj1r Dapat Baucar Tunai RM 500 & RM 1000, Untuk Beli Barang Elektrik & Baiki Kenderaan Ros4k

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dalam perutusan khas sempena tahun baharu, malam tadi.

Menurutnya, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah, berbanding RM500 sebelum ini.

“Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan. Ini akan memanfaatkan lebih 45 ribu Ketua Isi Rumah,” katanya.

Tambahnya lagi, angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kerajaan selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS). Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

Selain itu, mngsa-mngsa yang terjej4s juga akan mendapat baucar tunai sebanyak RM500 bagi pembelian barangan elektrik bagi menggantikan barangan elektrik yang ros4k akibat benc4na banjir.

Dilaksanakan bermula 7 Januari nanti, pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Bagi pemilik kenderaan Perodua dan Proton yang terkesan pula, beliau berkata syarikat tersebut akan menawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan upah baik pulih disamping diskaun 50% ke atas alat ganti.

Manakala syarikat lain pula menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25% ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar.

“Bagi pemilik kenderaan yang ros4k akibat banjir, kerajaan turut menyediakan baucar tunai sebanyak RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain,” katanya ketika perutusan itu.

Pemberian baucar tunai dan diskaun tersebut akan dimulakan pada Januari 2022.

Bukan sahaja kereta, kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mngsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Walau bagaimanapun, menurutnya bagi kerosakan serius, kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000. Manakala, bagi rumah yang mvsnah dan tidak boleh diduduki, kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.

Ismail juga memaklumkan bahawa kerajaan akan memberikan wang tunai khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir iaitu sebanyak RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing- masing.

“Keseluruhan pemberian tunai kepada mngsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.

“Malah bagi mereka yang mengalami kemvsnahan rumah secara total, jumlah bantuan jauh lebih tinggi dan boleh mencecah RM61,000,” ujarnya.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mngsa Banj1r Dapat Baucar Tunai RM 500 & RM 1000, Untuk Beli Barang Elektrik & Baiki Kenderaan Ros4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*