“SEBAIK m4yat diangkat, hati ini terasa begitu sayu bila ia membabitkan kawan send1ri,” kata pelakon Mohd Hafiz Mohd Nafiah yang berkongsi pengalaman menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pengarah filem Pitt Hanif, 43 yang lem4s di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang, hari ini.
Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu berkata, operasi itu disertainya bermula 8 pagi hari ini sebaik dia menerima perkhabaran mengatakan anak lelaki kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi dikhuat1ri lem4s ketika memancing di sungai berkenaan, 11 pagi semalam.
Berkongsi situasi sebenar pencarian katanya, mereka menggunakan sebuah bot dalam misi yang dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Hampir lapan jam memperluaskan pencarian, m4yat (Pitt Hanif) ditemui 4.25 petang iaitu 500 meter daripada lokasinya terj4tuh. Ketika m4yat diangkat anggota bomba, saya tidak dapat menggambarkan betapa sed1hnya hati ini,” katanya.
Menurut Mohd Hafiz, d1rinya seperti tidak percaya Pitt sudah men1nggal dun1a tambahan pula dia baru bertemunya 10 hari lalu kerana turut membintangi filem Coast Guard dengan memegang watak anggota maritim iaitu Pegawai Operasi Tommy.
“Biarpun sudah 10 tahun mengenali Pitt, ini adalah kali pertama saya berlakon dalam karya arahannya. Sepanjang mengenali, 4rwah tegas ketika bekerja tetapi di luar lokasi penggambaran dia periang,” katanya yang berkongsi video SAR di Facebook miliknya, hari ini.
Menurut Mohd Hafiz, arw4h begitu gemar memancing dan sanggup melakukan praktis dalam kolam renang.
Dalam urusan pengebvmian, dia yang turut berada di Lipis memberitahu, jen4zah dimandi dan dikaf4nkan sebelum dibawa pulang ke rumah ibunya di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.
“Van membawa jen4zah memulakan perjalanan 9 malam ini dan tiba di Kuala Lumpur jam 12 tengah malam,” katanya.
Moga Allahy4rham ditempatkan dikalangan orang beriman.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: Harian Metro via Vanilla kini
Video: IG Hafiz Nafiah
Be the first to comment on "Pelakon Hafiz Nafiah Kongsi Situasi Sebenar & Pengalaman Misi Mencari Arw4h Pitt Hanif"