“Harap Perjalanan Ini Permulaan Hidup Baru Yang Baik”- Nora Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Penyanyi Nora Ariffin berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah hari ini.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

“Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan.

“Di sebalik segala suka dvka ujian Allah yang saya lalui, h4rap perjalanan ini permulaan hidup baru yang baik buat saya.

“Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kepada Allah kita berserah,” tvlisnya.

View this post on Instagram

Bismillahirahmanirahim Hari ini saya akan mengerjakan umrah bersama ECORITHS LEISURE TRAVEL & TOUR Doakan perjalanan & ibadah saya lancar & dipermudahkan. Disebalik segala suka duka ujian Alllah yg saya lalui. Harap perjalanan ini permulaan hidup baru yg baik saya. Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kpd Allah kita berserah.🕋 Al- fatihah buat 2 insan tersayang Johan Nawawi & Muhammad Syakir Alif 😢😢 #mamarindualif #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Pada masa sama, Nora turut meluahkan rasa rindunya kepada dua insan yang tersayang yang sudah pergi men1ngg4lkannya.

“Alfatihah buat dua insan tersayang. Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif. #mamarindualif #adadalamtiadabynira,” luahnya.

Terdahulu, Nora berdepan episod dvka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembvskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun.

Pemerg1an anaknya secara mengevt itu berlaku selepas dua tahun kem4tian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Harap Perjalanan Ini Permulaan Hidup Baru Yang Baik”- Nora Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*