Ramai Yang Kurang Tahu Hukum Potong Kuku & Rambut Ketika Haid. Ini Penjelasan Mufti WP

Antara kekeliruan ramai wanita hingga ke hari ini adalah berkaitan larangan memotong kuku, rambut atau bercvkur ketika h4id atau nifas.

Dulu kita selalu dengar orang kata, kena tunggu suci dulu baru boleh potong kuku atau rambut.

Betulkah begitu?

Berikut kami lampirkan penerangan oleh Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Al-Kafi #607 : hukvm Memotong Kuku Dan Rambut Ketika h4id Atau Nifas.

hukvm Memotong Kuku Atau Rambut Ketika h4id Dan Nifas

Soalan:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukvm memotong kuku atau rambut ketika h4id dan nifas?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam isu ini, sememangnya ramai ulama yang terkemudian dalam mazhab Syafie menyebut dalam kitab-kitab mereka pendapat Imam al-Ghazali tentang larangan memotong kuku, rambut, atau mengeluarkan d4rah atau bahagian daripada tu buh, dalam keadaan berju nub.

Berkata Imam al-Ghazzali dalam Ihya Ulumiddin (2/51):

“Dan tidak sepatutnya seseorang itu mencvkur rambutnya, memotong kukunya, mencvkur bulu ari-arinya, atau mengeluarkan d4rahnya, atau mengeluarkan satu bahagian daripada d1rinya, sedang dia dalam keadaan dia berju nub.

Ini kerana sekalian bahagian itu akan dikembalikan pada Hari akh1r4t dalam keadaan berjunub lalu dikatakan kepada orang itu : “Sesungguhnya setiap bulu-bulu ini menuntut kepadanya atas keadaan janabah (atau kenapa ia dibangkitkan dalam keadaan hadas besar).”

Kenyataan ini dipetik sebagai faedah dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj oleh Imam al-Haitami (1/284), al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (1/70), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam Syams al-Din al-Ramli (1/229), Tuhfah al-Habib oleh Imam al-Buja1rimi (1/247) dan lain-lain.

Berkata al-Buja1rimi: “Pada (pendapat al-Ghazali) ini ada nazar (kritikan), kerana bahagian badan yang kembali kepada jasad seseorang itu adalah berdasarkan keadaannya sewaktu m4ti, bukannya sekalian kukunya yang telah dipotong selama umurnya, bukan juga rambut, maka pendapat ini perlu dirujuk kembali.

Al-Qalyubi juga menyatakan bahawa kerana kalau dikembalikan kepada seseorang itu akan sekalian kuku dan rambut itu pada jasadnya nescaya akan bvruklah rupanya dek kerana panjang kuku dan rambut itu.

Manakala al-Madabighi pula berkata bahawa dikembalikan sekalian juzuk badan itu yakni bahagian yang asal sahaja seperti tangan yang terpotong, bukannya rambut atau kuku.

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Setiap seorang daripada manusia akan bangkit dalam keadaan yang dia m4ti kemudian apabila masuk syurga mereka akan jadi tinggi (seperti saiz Nabi Adam AS.).”

 

Tidak Makruh Atau h4ram

Berdasarkan keterangan ini, kami berpendapat bahawa perbuatan mencvkur dan memotong rambut, atau memotong kuku, sewaktu h4id bukanlah h4ram.

Tambahan lagi, kenyataan Imam al-Ghazali itu jika dilihat konteks perbincangannya di dalam kitab al-Ihya lebih kepada situasi berjunub disebabkan jimak yang boleh dipendekkan waktu hadas besarnya, bukan bagi h4id atau nifas.

Ini kerana waktu h4id dan nifas agak panjang dan mungkin menyukarkan kaum wanita untuk berhati-hati terhadap setiap rambut yang gugur dan kuku yang dipotong.

Begitu juga Imam al-Ghazali menggunakan sighah لا بنبغي yang lebih bermaksud “tidak sepatutnya”. Ini lebih menunjukkan kepada larangan bersifat makruh dan bukan h4ram.

Sekalipun kami berpendapat tidak makruh atau h4ram, terpulang kepada orang ramai untuk mengambil langkah keluar daripada khilaf kerana ini soal peribadi.

Begitu juga jika ada yang ingin menyimpan kuku dan rambut yang terputus sewaktu h4id dan nifas kemudian dimandikan apabila sudah suci.

Semoga Allah Taala menerima amalan kita dan menjadikan kita dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat-Nya.

Wallahua’lam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ramai Yang Kurang Tahu Hukum Potong Kuku & Rambut Ketika Haid. Ini Penjelasan Mufti WP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*