Ibu bapa telah tiada, rumah untuk menumpang kasih pula terb4kar, 3 penghuni tab4h sambut Aidilfitri – “Selimut pemberian arw4h nenek hangvs terus”

SETIAP kali tibanya Aidilfitri, ia pastinya diraikan dalam suasana gembira bersama keluarga, sanak saudara serta rakan taulan.

Namun jangan dilupa, ada insan-insan kurang bernasib baik yang harus menempuhi hari kemenangan umat Islam itu dalam suasana pilu dan bersulam dvka.

Begitu juga dengan tiga pelajar di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul AlFaeez, Keramat, Selangor ini yang berkongsi kisah masing-masing bersama mStar.

Untuk rekod, mereka sebelum ini ditempatkan di Gombak sebelum berpindah ke Keramat akibat kejadian kebakaran pada 23 November 2018.

Selain memusnahkan hampir 90 peratus tempat anak-anak itu berlindung, banyak barang yang tinggi nilai sentimental mereka turut hangus dalam kejadian itu.

Selimut pemberian nenek musnah dijilat api

Menurut Muhammad Aiman Asyraf Md. Fadzri, 17, dia mula menjejakkan kaki ke rumah anak yatim itu seawal usia 12 tahun selepas kem4tian neneknya yang menetap di Pahang.

Kata Aiman, dia sebelum ini menetap bersama warga emas itu kerana ibu bapanya bercer4i sejak dia berusia 8 tahun.

“Kenangan raya di sini, setiap tahun akan ada sambvtan bersama-sama. Kita berkumpul ramai-ramai. Sebab saya ada masalah keluarga, memang rindu membuak-buak.

Ashraf (k1ri) dan Aidil (kanan) berkongsi kisah kehidupan mereka di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul AlFaeez.

“Walau apa yang terjadi, h4rapan untuk lihat keluarga kembali bersatu sentiasa ada. Saya yakin boleh dan masih berh4rap.

“Tapi kenangan paling sedih tentunya sewaktu kebakaran, selimut dan baju-baju pemberian arwah nenek terbakar… hangus terus.

“Waktu itu memang menangis, tinggal sehelai sepinggang,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

Bercerita mengenai sambvtan Aidilfitri tahun ini, Aiman mendedahkan dia akan kembali ke rumah ibunya di Klang.

4 beradik di rumah anak yatim

Menurut seorang lagi penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul AlFaeez, Muhammad Aidil, 17, peristiwa kebakaran itu juga masih lagi mekar dalam ingatannya.

Namun katanya, dia pada waktu itu sempat pulang dan berjaya mengalihkan beberapa barang sebelum api mar4k memusnahkan tempat tinggal mereka.

Mereka sebelum ini menetap di Gombak sebelum berpindah ke Keramat setelah Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul AlFaeez hangus dalam satu kejadian kebakaran.

Mengimbas sejarahnya di rumah anak yatim itu, Aidil mula mendaftarkan d1ri seawal usia 12 tahun selepas ibunya dijemput Ilahi akibat masalah paru-paru berair.

“Masa tu mak men1ngg4l dunia, saya umur 11 tahun. Tahun berikutnya ada saudara tolong carikan rumah asrama.

“Memang sedih masuk ini, sedih tak ada mak. Tambah-tambah menjelang raya. Tapi lama-lama bila dah kenal kawan-kawan, makin OK,” ujarnya.

 

Tahun ini selepas sembahyang raya, kita makan-makan dan buat aktiviti send1ri bersama-sama. Banyak kurangnya raya tahun ini.

ELZA IZYAN ERIEZA ZAHALAN

PENGURUS OPERASI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF RAUDHATHUL ALFAEEZ

Menruut Aidil, dia empat beradik semuanya menetap di Rumah Anak Yatim Al-Faiz namun dua abangnya sudah keluar memandangkan masing-masing sudah dewasa.

Kini, hanya dia dan seorang lagi adik lelaki berusia 15 tahun masih menumpang kasih di rumah anak yatim itu.

Sebak lihat rakan-rakan setiap kali tibanya raya

Seorang lagi penghuni, Muhd Haikal Kamarul Azman, 19, bukanlah anak yatim piatu namun masuk ke rumah anak yatim itu kerana kesempitan hidup keluarga.

Menurut Haikal, acap kali juga dia mengikut pengasas rumah itu beraya bersama keluarga mereka.

Namun, ada juga tahun-tahun sebelum ini dia pulang beraya ke pangkuan keluarga.

Haikal menganggap rakan-rakan di rumah itu sebagai keluarganya send1ri.

Kata Haikal, air mata bagaikan sinonim dengan sambvtan 1 Syawal sambil terkenangkan kesusahan serta insan-insan yang sudah lama men1ngg4l dunia.

Tambah Haikal, dia bertambah sedih saat melihat rakan-rakan yang sudah kehilangan ibu bapa beremosi setiap kali tibanya raya.

“Masing-masing sedih khususnya yang sudah kem4tian ibu bapa. Saya yang tengok pun rasa sedih.

“Memang kasihan. Tapi duduk di sini, saya send1ri banyak berubah. Dari segi agama, pelajaran, disiplin.

“Memang syukur sangat, semua orang macam keluarga send1ri,” ujarnya.

2020 bawa definisi raya berbeza

Dalam pada itu, pengurus operasi Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul AlFaeez, Elza Izyan Erieza Zahalan berkata, ada anak-anak yang dihantar pulang beraya dengan keluarga, namun ada juga yang akan bersama dengannya setiap kali raya.

Menruut wanita berusia 32 tahun itu, suasana Ramadan dan raya tahun ini ternyata berbeza dan tidak meriah seperti biasa.

Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul AlFaeez.

“Keluarga saya kecil sahaja. Kalau ada dalam kalangan mereka yang tak balik beraya, mereka akan beraya dengan saya.

“Tahun ini selepas sembahyang raya, kita makan-makan dan buat aktiviti send1ri bersama-sama. Banyak kurangnya raya tahun ini,” ujarnya.

Bercerita mengenai rumah anak yatim itu, kata Elza, lokasi lama yang terbakar suatu ketika dahulu kini dibangunkan semula bagi membolehkan mereka kembali menetap di Gombak tidak lama lagi.

Namun katanya, pembinaan yang bersisa 50 peratus lagi terpaksa dihentikan seketika akibat Covid-19 yang melanda negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ibu bapa telah tiada, rumah untuk menumpang kasih pula terb4kar, 3 penghuni tab4h sambut Aidilfitri – “Selimut pemberian arw4h nenek hangvs terus”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*