Pes4kit C0vld-19 boleh discaj selepas 14 hari dirawat walau masih p0sitif – “Kita akan ubah protokol”

LAPORAN terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pes4kit C0vld-19 yang masih positif boleh dibenarkan discaj selepas 14 hari dirawat di hospital.

Ia disebabkan tahap kebolehjangkitan mereka yang rendah selepas menjalani tempoh rawatan selama dua minggu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, laporan terbaharu itu juga akan mengubah protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pes4kit positif di Malaysia selepas ini.

“Mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar.

“Dengan maklumat terbaharu yang kita perolehi, kalau lepas 14 hari, walaupun ujian positif… kita boleh discaj pes4kit tersebut.

“Ini tindakan atau maklumat baharu yang kita dapat dan kita akan mengubah protokol dalam menguruskan pes4kit yang positif,” ujarnya pada Selasa.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kata Dr Noor Hisham, protokol baharu itu belum lagi dimaklumkan kepada pakar-pakar di semua hospital terlibat dan akan dilakukan dengan kadar segera memandangkan ia baru sahaja diterima.

Katanya lagi, langkah terbaharu itu bermakna pes4kit C0vld-19 hanya akan dirawat di hospital selama 14 hari sahaja biarpun ujian pada penghujung tempoh itu menyaksikan mereka berstatus positif.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, protokol itu berubah kerana ia adalah virus jenis baharu dan pihaknya juga masih lagi mengkaji lanjut mengenainya.

Namun, keputusan itu diambil atas kajian yang dilaksanakan WHO termasuklah Korea, Taiwan dan beberapa negara lain.

“Kalau kita lihat protokol dah berubah sebab ini virus yang baharu. Jadi kita tengah belajar juga.

“Dan selepas discaj, kita menasihatkan pes4kit untuk kuarantin dua minggu di rumah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pes4kit akan diuji pada hari ke-13 dan sekiranya keputusan masih positif, mereka akan terus dirawat di hospital.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pes4kit C0vld-19 boleh discaj selepas 14 hari dirawat walau masih p0sitif – “Kita akan ubah protokol”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*