Genap usia 1 tahun, anak arwah Abam sambut hari jadi pertama tanpa ayah di sisi

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey, telah memberikan kesan yang cukup mendalam di dalam hati rakyat Malaysia, khususnya ahli keluarga arwah.

Baru-baru ini, menerusi muat naik di IG isteri arwah, Nur Hidayah, telah berkongsi video sempena sambvtan hari jadi anaknya, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar, genap satu tahun.

Kehilangan Abam masih dirasai, di dalam video yang dipaparkan itu, kelihatan Hidayah memegang bantal potret wajah Arwah, ketika meraikan hari jadi anaknya.

Meskipun, terpaksa kehilangan ayah di usia yang sangat muda, namun Hamzah tetap mengenali sosok ayahnya, apabila dia dilihat mencivm potret wajah Abam apabila ditanya.

Di ruangan komen, dihujani ucapan selamat hari jadi dan doa buat Hamzah serta Hidayah, agar mereka sentiasa sabar dalam mengharungi hidup tanpa Abam di sisi.

Genap usia Hamzah satu tahun, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga.

Sumber : Nur Hidayah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Genap usia 1 tahun, anak arwah Abam sambut hari jadi pertama tanpa ayah di sisi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*