Bella Astillah sertai kelas al-Quran walaupun belum habis berpantang

Bella Astillah ‘join’ kelas al-Quran walaupun belum habis berpantang

Walaupun sedang menjalani proses berpantang selepas bersalin anak kedua, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ‘mencuri masa’ untuk menambah ilmu agama.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengikuti kelas mengaji al-Quran melalui bimbingan seorang tenaga pengajar ustaz Muhammad Sheikh Bukhari.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu berterima kasih atas perkongsian oleh ustaz berkenaan.

“Terima kasih ustaz untuk kelas mengaji malam ni. Kalau sesiapa yang nak mengaji, boleh hubungi sebab ustaz boleh mengajar di rumah korang ataupun kalau kita outstation boleh mengaji secara online,” katanya.

Tambah Bella, dia bukan sahaja mempelajari bacaan al-Quran malah bersyukur dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan lain sekali gus dapat memperbaiki d1ri menjadi insan lebih baik.

Posting tersebut dihujani pelbagai reaksi warganet dimana rata-rata memuji penampilan berhijab Bella selain mendoakan supaya dipermudahkan urusannya dalam menuntut ilmu.

Sumber : Bella Astillah , Muhammad Sheikh Bukhari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bella Astillah sertai kelas al-Quran walaupun belum habis berpantang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*