Anak Allahyrham Abu Bakar Juah Ceritakan Detik Sebelum Beliau Tiada

Anak Allahyrham Abu Bakar Juah Ceritakan Detik Sebelum Beliau Tiada

” Abah pun pergi dalam keadaan tenang dan tiada kata-kata terakhir darinya.

” Interaksi terakhir abah adalah menerusi genggaman dan dia juga mengalirkan airmata seakan tahu sesuatu bakal berlaku.”

Itu kata-kata anak kedua pelakon Allahyarham Abu Bakar Juah, Zarith Abu Bakar, 37, ketika ditemui di tanah perkubvran, hari ini.

Allahyarham Abu Bakar, 72, meninggI dnia di kediamannya di Alam Damai jam 6.35 petang semalam, akibat k4nser hati dan jnzahnya dikebumikan jam 9.50 pagi ini.

Zarith berkata, biarpun masih bersedih, mereka reda dengan pemergian Abu Bakar.

” Alhamdulillah, emak dan kami adik beradik dapat berkumpul di saat abah menghembvskan nafas terakhir.

” Kecuali suami saya tak dapat bersama, kerana berada di Kemboja dan tak dapat pulang ke Malaysia kerana pandemik Covid-19.

” Syukur juga ahli keluarga sebelah abah sempat datang melawatnya, semalam,” katanya.

Zarith berterima kasih kepada pengurusan Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik yang membantu menguruskan jnzah bapanya dari awal sehingga pengebvmian.

” Begitu juga Jabatan Pnjara Malaysia, rakan-rakan artis yang banyak memberi semangat dan pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang melayan ayahnya dengan baik sepanjang tempoh rawatan.

Ditanya kar4kter sebenar ayahnya, Zarith berkata, Allahyarham seorang yang kelakar.

” Arwah abah, seorang yang kelakar. Kar4kter antagonisnya hanya dalam lakonan,” katanya.

Terdahulu jnzah dikaf4n dan disolatkan di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik, Kuala Lumpur sebelum dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam, Alam Damai, Cheras.

Abu Bakar men1ngg4lkan balu, Rusidah Mohd Yassin dan empat anak iaitu Danial Nor , 39, Zarith, 37, Syafinaz, 32, dan Benjamin Nor, 28.

 

Antara rakan artis yang hadir ke pengebvmian itu ialah Meor Hashim Manap, Rahim Jailani, Den Wahab dan isterinya, Nora Tamam.

Den Wahab kongsi momen terakhir

Sementara itu, pelakon Den Wahab pula mengakui sedih kerana baru mengunjungi Allahyarham, Selasa lalu.

” Waktu saya berkunjung Februari lalu, dia masih sihat. Kami berbual serta bergurau senda dan ketika saya nak pulang, dia sedih dan menangis.

” Apabila datang kali ini, dia dah terlantar. Dia merenung saya dan paling tak boleh tahan, dia hulur tangan nak minta saya pegang.

” Dia renung lama dan agaknya sedang fikir. Saya kemudian sebut nama padanya.

” Dia tengok dan kemudian angkat tangannya serta saya terus menyambutnya,” kata Den.

Menurut Den, hubungan mereka rapat kerana Abu Bakar adalah rakan baik Allahyarham bapa mentuanya, Tamam Idris.

” Kalau mereka berjumpa ada saja cerita dan gurau senda.

” Apabila ayah dah tiada, hubungan ini tetap berterusan sebagai rakan artis serta komuniti surau dan masjid,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Anak Allahyrham Abu Bakar Juah Ceritakan Detik Sebelum Beliau Tiada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*