Penjelasan Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri samada perlu atau tidak PKPD pentadbiran di Kedah

Penjelasan Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri samada perlu atau tidak PKPD pentadbiran di Kedah

TANJUNG MALIM – Kerajaan akan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selepas wujudnya klust3r baharu iaitu Klust3r Sala di Yan, Kedah semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan melakukan penelitian dan penilaian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan tersebut.

“Kita perlu dapatkan nasihat daripada KKM untuk apa sahaja keputusan. Kadang-kadang tidak perlu walaupun ada (k3s Cov1d-19). Bukan bermakna ada kes ketika itu terus ‘l0ckd0wn’ seluruh kampung, daerah dan sebagainya.

“KKM ada cara (kaedah) tersend1ri. Sebab itu saya beritahu negeri-negeri kalau ada cadangan KKM akan berbincang terlebih dahulu. Kalau kita sudah umumkan seperti di Sanglang, pergerakan itu kita sudah dikawal, tidak boleh masuk dan keluar kawasan itu,” katanya ketika melawat Pusat Media PRK DUN Slim di Slim River di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri belum boleh mengumumkan PKPD Pentadbiran melainkan kerajaan Pusat sahaja.

“Ketua Pengarah (kesihatan) boleh mengeluarkan arahan berdasarkan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988) tapi arahan itu yang akan boleh dikuatkuasakan.

“Kalau negeri sahaja yang umum tidak keluarkan arahan, tidak ikut akta 342, penguatkuasaan tidak boleh dilaksanakan dan sekiranya ada yang mel4nggar peraturan, tindakan tidak boleh diambil,” katanya.

Ismail Sabri berkata, tiada sebarang arahan mahupun cadangan diterimanya setakat ini.

“Sekiranya perlu, baru kita umumkan dan senaraikan apa perkara yang boleh dan tidak boleh sebelum kita keluarkan perintah PKPD Pentadbiran.

“Sebab itu, sebelum keputusan dibuat, biar KKM putuskan terlebih dahulu. Kita buat penilaian keperluan dan kalau kata perlu, kita akan buat. Setakat ini tiada, belum ada lagi,” katanya.

Netizen Minta Sekatan Antara Negeri Dibuat Semula, Bimb4ng Mutasi COV1D-19 ‘Super Spre4der’

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa v1rus COV1D-19 dengan mutasi D614G sah telah dikesan di negara ini.

Menurutnya, mutasi itu memiliki 10 kali lebih kebolehjangkitan dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spre4der.

Susulan itu, netizen di media sosial mula menyuar4kan kebimb4ngan mereka.

Rata-ratanya meminta agar kerajaan mempertimbangkan semula langkah untuk kembali meletakkan Kedah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana peningkatan semula angka jangkitan di negara ini bermula daripada penul4ran di negeri tersebut.

Selain itu, mereka turut saling menasihatkan agar orang ramai kekal mematuhi penjar4kkan sosial, memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak keluar rumah sekiranya bergejala.

Meskipun Dr. Noor Hisham send1ri mengatakan bahawa keadaan masih terkawal, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi segala perintah ditetapkan kerajaan.

Jangan lupa, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kes jangk1tan mula kembali mencecah tiga angka.

Sumber : SH, Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Penjelasan Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri samada perlu atau tidak PKPD pentadbiran di Kedah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*