“Pura-Pura Terkjut & Tak Tahu” – Cik B Komen Isu Tidak Tahu Mengenai Pernikahan DSV & Iqbal

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) yang juga pelakon dan penyanyi, Cik B mengulas mengenai laporan sebuah portal berita mengenai kononnya dia tidak mengetahui akan perancangannya ibunya bakal mend1rikan rumah tangga dengan Ahmad Iqbal Zulkefli yang merupakan bekas pembantu peribadi (PA) DSV.

Cik B Pura-Pura Terkjut 

Menerusi laman Twitter nya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen,16 membalas ringkas serta berselor0h mengenai perkongsian seorang netizen berkaitan tajuk laporan tersebut.

“*pura pura terkejut dan tak tahu*” ciap Cik B ringkas

Bakal Adakan ‘Wedding Of The Year’

Dalam laporan KOSMO, DSV akui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak, terutamanya Cik B.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya send1ri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu d1rinya,” katanya kepada portal berita itu

Dalam perkembangan berkaitan, DSV serius untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjar4k usia sebanyak 22 tahun. Malah, DSV yang turut mempunyai beberapa buah single mengimpikan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran yang disifatkannya sebagai ‘wedding of the year’ dan dijadualkan pada Disember kelak sekiranya dibenarkan berbuat demikian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pura-Pura Terkjut & Tak Tahu” – Cik B Komen Isu Tidak Tahu Mengenai Pernikahan DSV & Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*