Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya

PERKAHWINAN berlainan budaya dan bangsa sebenarnya sudah tidak asing lagi bagi negara kita. Ramai juga dalam kalangan rakyat kita yang berkahwin dengan penduduk dari negara seberang dan begitu juga dengan artis tanah air, ada yang mend1rikan rumah tangga bersama dengan selebriti dari Indonesia.

Berikut disenaraikan lima artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, Indonesia.

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

Pasangan serasi ini telah membina mahligai pada 8 ogos 2008 dan perkahwinan mereka berdua mendapat liputan yang luas daripada media Malaysia dan Indonesia.

Walaubagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Ashraf dijemput illahi pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Asyraf Khalid dan Tya Ariffin

Anak t1ri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga usahawan Malaysia ini berkahwin dengan pelakon cantik Indonesia, Nurtria Wulandri Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tya Ariffin pada 1 November 2015. Pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa 1 tahun.

Anita Sarawak dan Broery Marantika

Selepas sahaja berpisah dengan suami pertamanya iaitu Mohamed Abdul Samad pada 1976, Anita membuat keputusan untuk membina mahligai bersama dengan pilihan hatinya, Broery Marantika yang merupakan penyanyi terkenal dari Indonesia pada 1981.

Pada ketika itu, perkahwinan mereka menjadi isu hangat serta menjadi bualan ramai kerana Broery masih menganut agama Kristian.

Akan tetapi, kontroversi itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Namun tanpa diduga, mahligai yang dibina bersama Broery hanya bertahan selama empat tahun.

Iedil Putra dan Prisia Nasution

Watak utama Ola Bola The Musical, Iedil Putra telah berkahwin dengan Prisia Nasution, seorang pelakon dan model dari Indonesia pada 1 Jun 2016 di Bogor, Indonesia.

Sebelum ini, Prisia Nasution pernah bernikah dengan bekas suaminya, Ananda Haris Siregar pada 2012.

Engku Emran dan Laudya Cintya Bella

Engku Zainal Abidin yang juga merupakan bekas suami Erra Fazira telah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Laudya Cintya Bella di sebuah hotel Kuala Lumpur pada 8 September 2017 selepas berkenalan selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah dan ia dilakukan dengan cara yang baik selepas dua tahun mend1rikan rumah tangga. Urtv

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mykmu.net


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*