Lepas Tman Lelaki Saj4t Cuba Gur4u Ksar, Ini Reaksi Datuk Seri Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Permohonan untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, yang dit.ahan di Thailand, 8 September lalu sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan S.iasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan pihak negara ketiga yang menjadi lokasi tujuan seterusnya selepas Bangkok.

“Proses permohonan untuk mengekstradisi sudah disiapkan dan sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga iaitu Australia.

“Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya dari pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa balik dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Abd Jalil berkata, sekiranya tiada m.asalah, proses membawa pulang akan dilaksanakan mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penj.enayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,”katanya.

Gurau Kasar

Kekasih kepada usahawan kosmetik dalam b.uruan, dikesan cuba mencetuskan k.ontroversi terhadap seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jad Issa yang juga seorang warga Lubnan melalui akaun Instagram, Jadooss memuat naik gambar Pengarah Jabatan S.iasatan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, yang ditokok tambah dipercayai dengan niat mempers3nda.

Pada gambar Abd Jalil yang dimuat naik menerusi InstaStory itu, diletakkan gambar topi berkipas pada kepala serta memakai kaca mata hitam selain ditambah gambar pizza pada tangan kanan dan gelas minuman di tangan kiri.

Tidak dapat dipastikan apakah niat sebenar Jad Issa memuat naik gambar Abd Jalil yang diubah suai sedemikian.

Namun, ia dipercayai ada kaitan dengan cubaan PDRM membawa pulang kekasihnya ke negara ini, yang sebelum ini melarikan diri ke Thailand untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Abd Jalil sebelum ini beberapa kali memberi kenyataan berkaitan t.indakan polis untuk membawa pulang serta permohonan ekstradisi dikemukakan PDRM kepada pihak berkuasa Thailand.

Beliau turut mengesahkan yang bersembunyi di Thailand dit.ahan pihak Imigresen negara itu pada 8 September lalu kerana memiliki pasport tidak sah.

Ia selepas semakan pihak Imigresen Thailand mengesahkan adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia selain pasport usahawan kosmetik itu sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.

Abd Jalil turut memaklumkan, usahawan k.ontroversi itu kemudian dihadapkan ke Mahkamah Thailand keesokannya atas kes.alahan Imigresen dan dikenakan hukuman d.enda sebelum dibebaskan.

Ada Dekat Australia

Terbaharu, menerusi media sosial memaklumkan sudah berhijrah ke Australia untuk mendapatkan perlindungan status pelarian menggunakan kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR yang dimilikinya.

Sementara itu, Abd Jalil yang dihubungi hari ini beranggapan t.indakan Jad Issa itu sebagai perkara lumrah yang dihadapinya sepanjang bertugas sebagai pegawai polis.

“Pada pandangan saya, ini semua asam garam dalam penugasan harian sebagai pegawai polis. Saya dan anggota lain dalam PDRM akan tabah menghadapi ujian ini dan akan melaksanakan penugasan berdasarkan undang-undang negara,” katanya.

“New Life..” – Nur Sajat Berhijrah Ke Australia, Muat Naik Selfie Terbaru Dalam Kapal Terbang

Usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat yang menjadi buruan pihak berkuasa tempatan mengesahkan dirinya kini berada di Sydney, Australia.
Memetik laporan The Star, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini menetap di Canterbury, 12km dari Sydney, New South Wales.

Menerusi siaran live di platform TikTok miliknya, Sajat memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia.

Menerusi pemerhatian Gempak, Sajat juga sudah mula berkongsi beberapa foto tarian serta Outfit Of The Day (OOTD) di dalam bilik hotel untuk tatapan umum.
Malah Sajat turut memaklumkan dia bakal membuka sebuah kedai emas baharu di negara tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, penghijrahan Sajat itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Ramai yang menyokong dan menitipkan doa agar Sajat sentiasa menjaga diri di negara luar dan tidak kurang juga ada yang mahukan anak kelahiran negeri Perak itu kembali ke Malaysia.

“You deserve only happines! I am so happy for you,” tulis seorang wargamaya.

“Welcome to Australia sis! Im happy for you,” kata seorang wargamaya.
“Jaga diri, be happy. Bila sampai masa nanti, balik pada yang basis ye. Have a happy life Sajat,” ucap seorang wargamaya.

“Tak rindu family ke Jat? Malaysia dah boleh rentas negeri,” komen seorang wargamaya.

“Lebih baik duk negara orang, duk Malaysia merumitkan keadaan ada la,” luah seorang wargamaya.

“Kamu boleh lari dari Manusia tapi bukan Allah,” tegur seorang wargamaya.

Imbas kembali, Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Kredit : HM/FB

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lepas Tman Lelaki Saj4t Cuba Gur4u Ksar, Ini Reaksi Datuk Seri Abdul Jalil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*