Keputusan SPM 8 Selebriti Malaysia Yang Mengjutkan!

Para selebriti pada hari ini tidak dinafikan bukanlah calang-calang dan sememangnya tidak sewajarnya dipandang enteng.

Rata-ratanya hadir ke dunia hiburan bukan sahaja berbekalkan wajah, malah kepintaran yang sekaligus melengkapkan pakej yang dimiliki.

Berikut Iluminasi kongsikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lapan selebriti popular tempatan untuk mengukuhkan lagi kenyataan penulis.

Neelofa

Tahun: 2006

Keputusan: 10A

Sekolah: MRSM Langkawi

Selain cemerlang dalam SPM, Neelofa yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi juga memperoleh keputusan lengkap 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum mengikuti jurusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

Kredit foto: Instagram Neelofa

Mira Filzah

Tahun: 2010

Keputusan: 8A

Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah yang merupakan bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini turut mencatatkan keputusan cemerlang SPM iaitu dengan memperoleh 8A.

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Ezlisa Loy

Tahun: 2013

Keputusan: 7A, 2B

Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Pelakon Ezlisa Loy yang juga adik kepada aktres Elfira Loy, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On ini memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matem4tik, Matem4tik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah, manakala B untuk pelajaran Biologi dan Kimia.

Kredit foto: Instagram Ezlisa Loy

Soo Wincci

Tahun: 2002

Keputusan: 7A, 2B

Sekolah: SMK Damansara Utama

Selain kejayaan mendapatkan 7A 2B dalam SPM, Soo Wincci juga memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Ia melayakkannya untuk meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD.

Tidak hanya itu, beliau juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Kredit foto: Instagram Soo Wincci

Janna Nick

Tahun: 2013

Keputusan: 6A, 2B

Sekolah: MRSM Pendang, Kedah

Janna Nick yang pernah menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah ini menerima keputusan 6A dan 2B dalam peperiksaan terbabit.

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Najwa Latif

Tahun: 2012

Keputusan: 4A

Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

Bekas pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor ini agak membanggakan dengan keputusan 4A dalam SPM tahun 2012, iaitu menerusi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matem4tik, selain lulus dalam enam mata pelajaran lain.

Kredit foto: Instagram Najwa Latif

Ayu Nazirah (Anak Nurul Wahab & Ajai)

Tahun: 2015

Keputusan: 9A

Sekolah: Sekolah Tun Fatimah, Johor

Pemilik nama penuh Ayu Nazirah Mohd Faizal ini meraih A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matem4tik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, manakala A+ untuk Bahasa Inggeris dan Matem4tik.

Kejayaan itu membawa kepada ganjaran sebuah kereta pemberian bapanya, komposer Ajai.

Kredit foto: Instagram Ayu Nazirah

Ammar Effendy (Anak Rozita Che Wan)

Tahun: 2013

Keputusan: 9A

Sekolah: Kolej Yayasan Saad, Melaka

Ammar Effendy meraih 9A untuk subjek Matem4tik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, Geografi dan Akaun.

Dari Kolej Yayasan Saad, Melaka, beliau kemudiannya mengikuti jurusan Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham, Semenyih.

Kecemerlangannya itu melayakkannya untuk menerima sebuah kereta jenis BMW daripada ibunya, Che Ta.

Kredit foto: Instagram Ammar Effendy

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluminasi


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Keputusan SPM 8 Selebriti Malaysia Yang Mengjutkan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*