Kehidupan Baru! Rihana Oksana Kongsi Perjalanan Hidup Besarkan Leon Seorang Diri

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana atau nama sebenarnya Rihana Oksana Gorbatenko berkongsi kisah perjalanan hidupnya di akaun Instagram semalam(Selasa). Perkongsian mengenai kehidupan peribadi model ini telah menarik perhatian orang ramai di media sosial.

Mula Hidup Baru, Cekal Besarkan Putera Tunggal 

Rihana,29 yang kini berhijrah ke London, berkongsi serba sedikit perjalanan hidup d1rinya yang sering berpindah-randah sewaktu berusia 17 tahun hinggal kini menetap di kota raya tersebut bersama anak lelakinya.

Menurut bekas ratu cantik ini, meski berpindah ditempat yang baru, d1rinya yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Malah Rihana send1ri beranggapan d1rinya tidak takut dengan perubahan dan akan bergerak kehadapan demi mencapai impian.

Foto – Instagram @rihanapetra

“Kehidupan baru lagi….

Ini kali ketiga saya berpindah dan mulakan hidup baru saya pada 29 tahun..

Perpindahan pertama saya di Moscow semasa saya berusia 17 tahun, ketika saya masuk universiti. Kemudian pada usia 24 saya pindah ke Malaysia. Dan sekarang 5 tahun kemudian, saya kemas bagasi saya sekali lagi, bawa Leon bersama saya dan mulakan hidup baru.

Kali ini saya fokus eksklusif pada anak saya. Semenjak saya lahirkan dia seorang d1ri dan besarkan dia seorang d1ri, jadi segala-galanya mesti dilakukan untuk masa depan dia kerana tiada siapa selain saya yang akan lakukannya.

Di Moscow, saya tinggalkan segalanya, keluarga, kawan-kawan, apartment, kereta, cagaran.. Terdapat isu perniagaan yang saya uruskan dari jauh.

Segalanya baru di London, tapi saya tak pernah takut pada perubahan dan kemungkinan sebab itu banyak cabaran berlaku dalam hidup saya sama ada baik atau bvruk atau tidak seberapa.

Tapi dalam satu hal yang lain, saya boleh katakan yang saya tidak berpernah duduk diam, berehat di sofa atau menonton televisyen. Saya selalu bergerak ke depan untuk capai matlamat saya dan segera set yang baru. Oleh itu, saya pasti segalanya akan berjalan dengan baik di sini.” Luahnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Netizen Doakan Yang Terbaik Buat Rihana Dan Putera Leon

Perkongsian wanita cantik itu mendapat pelbagai reaksi dan respon orang ramai, dan rata-ratanya memberi komen dengan mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anak ini.

Foto – Instagram @rihanapetra

“Semoga segalanya dipermudahkan @rihanapetra sayang”

“Supermom Rihana dan Putera Leon. Jaga keselamatan.”

“Jaga d1ri anda Rihana. Saya doakan kebahagian dan kegembiraan dalam membesarkan Leon”

“Tahniah.. h4rapkan yang terbaik untuk anda dan sudah tentunya putera kecil kita Leon.. Dia akan berjaya dalam hidup seperti anda seorang ibu yang hebat.. Semoga berjaya dan yang terbaik @rihanapetra” komen mereka

Foto – Instagram @rihanapetra

“Saya h4rapkan anda sentiasa berjaya. Aamiin”

“Semoga Allah SWT rahm4ti anda dan Leon”

“Yang terbaik untuk anda dan Leon”

“Jaga keselamatan. Anda boleh lakukannya”

“Semoga segalanya berjalan lancar untuk anda dan Leon” komen mereka lagi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kehidupan Baru! Rihana Oksana Kongsi Perjalanan Hidup Besarkan Leon Seorang Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*