“Nak mak t1ri ke? Berani ke?”- Anak Siti Sarah Mahu Ibu Baru, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh Ibu Shuib

Perkongsian sebuah video di akaun Instagram penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah mencvri tumpuan ramai.

Video tersebut merakam momen ibu Shuib, Salamiah Jalani yang bercakap tentang syarat-syarat jika seorang wanita mahu mengahwini anaknya itu.

“Tengok ni ha Talita ni, suruh Daddy kahwin, nak mak t1ri ke? Berani ke?” tanya Salamiah kepada anak perempuan Allahyarhamah itu.

“Berani lah,” jawab Talita tersenyum.

Salamiah kemudiannya mengemukakan syarat dengan wajah yang tenang.

“Kalau nak kahwin dengan Daddy, pertama dia mesti kena pandai masak sebab Daddy kuat makan. Macam ibu kena masak pukul 2-3 pagi, sanggup ke siapa nak kahwin dengan Daddy tu?

“Mama ni taklah teruk sangat nak hadap, nak jaga hati suami kena jaga perut dia, itu jelah kot, lebih-lebih pulak mak mertua.

“Ni nak mak t1ri sangat ni, nak ke jadi Bawang Putih Bawang Merah?” selorohnya lagi kepada Talita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon berbeza. Ramai juga yang mengharapkan Shuib mendapat wanita baik jika berjodoh lagi.

“Tak semestinya kahwin baru tanda tak sayang pada yang lama, untuk teruskan kehidupan jaga anak-anak, kena ada ‘ibu’ juga di sisi,” tulis netizen.

“Andai Shuib jumpa jodoh yang baru, moga dia dapat jodoh yang sebaik arw4h,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

“Kalau Mama nak dapatkan salah satu menantu, kena lah jaga anak-anak Abang Shuib tu dulu,” tulis yang lain.

Terdahulu, Siti Sarah men1nggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 selepas bert4rung nyawa akibat w4bak COVID-19.

Allahyarhamah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembed4han tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nak mak t1ri ke? Berani ke?”- Anak Siti Sarah Mahu Ibu Baru, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh Ibu Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*